Geng Bas Sekolah

April 26, 2012

Kebangkitan Rakyat Malaysia - PKR Menuju Kehancuran


PKR Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali kini dikatakan sedang mengalami kemelut yang amat teruk dan boleh dikatakan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Faktor utama ialah kegagalan beliau mengurus dan menggerakkan jentera parti di peringkat akar umbi.

Keadaan lebih parah lagi bagi Azmin selaku bos PKR di Selangor apabila beliau dilihat gagal membuktikan kemampuannya untuk mempertahan serta mengekalkan kuasa politik Pakatan Rakyat di negeri itu.

Melihat kepada situasi yang hambar di hampir kesemua cabang dan ranting PKR di Selangor, boleh dikatakan agak sukar parti itu bersama-sama PAS dan DAP untuk mendapat peluang bagi kali kedua memerintah negeri terkaya di Malaysia itu.

Rasa hampa yang amat mendalam ini tercermin daripada luahan dan keluhan Ketua Wanita Pusat sendiri, Zuraida Kamarudin di dalam laman facebooknya apabila merungut ramai ahli-ahli PKR sudah meninggalkan parti itu.

Baca selanjutnya disini


PRU dah dekat, rakyat Malaysia pula menolak penuh parti PKR. Pakcik Anwar memang dah mengelabah sekarang. Nak pulak TIBAI tengah bersemangat membalun dia kaw kaw. Nak harapkan budak budak kat Dataran tu, dorangpun dah kantoi dengan kes maksiat. Sampaikan puak PAS pun malu nak cakap.

Nyawa politik pakcik Anwar hanya bergantung pada demo bershit 3 je lah nanti. Itupun kalau ada yang nak sokong. Tapi rasanya memang tak dapat sambutan sebab sampaikan Nik Aziz pun kena kuarkan patwa wajib datang. Kalau sebelum ni tak pernah pula orang tua nak cakap macam tu. 

Dah jelas sekarang rakyat Malaysia dah bangkit menentang penipuan dan kezaliman pembangkang.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

DBKL tutup Dataran Merdeka mulai 27/04/2012 6.00 pg hingga 29/04/2012 6.00 pagi. Nampak gaya nya meroyan lah Ambiga dan PAShit.