Geng Bas Sekolah

April 5, 2012

Balik Balik PAS Lagi Yang Kena


PAS ingin dikenali sebagai parti Islam. Allahyarham Fadzil pernah berkata: "Jangan masuk PAS jika anda cari dunia. Jangan anda pejuang Islam kalau anda nak manusia puji anda.Anda jangan perasan macam anda ulama kalau pejuangan anda hanya setakat serban, jubah dan kopiah. PAS bukan untuk orang yang buru dunia.PAS adalah untuk orang yang buru akhirat......"

Sejak kemasukan golongan yang bukan 'ulama', dikenali sebagai golongan professional atau Erdogan(read hooligan), keaslian amanat Ustaz Fadzil Nor ini sudah boleh dipersoalkan. Mereka - erdogan - sangat meyakini kuasa itu sendiri adalah 'virtue'. Justeru pejuangan 'Islam' perlu berubah, dan boleh dikompromi demi kuasa.


Tanpa kuasa, tidak ada apa yang boleh ditegakkan. PAS sudah bersalin kulit dari pejuangan 'Islam' kepada Machiavellian - yakni mempercayai kuasa itu sendiri merupakan 'virtue'.

Untuk berlaku adil, bukan semua orang PAS setuju. Golongan yang agak ortodoks makin bimbang PAS semakin hilang keaslian pejuangannya apabila parti dikuasai oleh orang seperti Husam Musa, Mat Syabu, Khalid Samad dan Nizar. - STB


"Anda jangan perasan macam anda ulama kalau pejuangan anda hanya setakat serban, jubah dan kopiah."

Aduss ramainya puak PAS yang terkena hehehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: