Geng Bas Sekolah

April 9, 2012

Baba dan Nyonya Mohon Status Bumiputra

Kira-kira 4,000 masyarakat Baba dan Nyonya di negeri ini mahu diberikan status bumiputera, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Menurut beliau, kerajaan negeri akan mengemukakan cadangan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat memandangkan golongan itu juga wajar mendapat hak istimewa seperti golongan bumiputera lain.

Jelasnya, kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya telah lama berkembang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan ia merupakan khazanah negara yang perlu dipertahan serta dikekalkan.

"Baba dan Nyonya merupakan masyarakat istimewa yang tidak terdapat di mana-mana negara lain di dunia kecuali Malaysia dan Melaka pula adalah negeri paling ramai mempunyai penduduk Baba dan Nyonya.

Kira-kira 350 masyarakat Baba dan Nyonya berkumpul pada majlis itu yang turut berjanji akan terus menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada. Persatuan Peranakan Cina Melaka mempunyai kira-kira 4,000 ahli di Melaka.


Masyarakat Baba dan Nyonya mahukan taraf bumiputra? Aku faham mengenai masyarakat ini yang mempunyai budaya yang berbeza dengan kaum cina yang lain tetapi dengan dunia globalisasi sekarang, apakah bezanya masyarakat ini dengan kaum cina biasa? Aku akui masih ada yang berpegang dengan tradisi tetapi berapa ramai pula yang sudahpun mengamalkan gaya hidup moden sehingga lupa kepada tradisi?

Yang aku risaukan nanti mereka yang bukan keturunan Baba dan Nyonya pun mengaku mereka keturunan Baba dan Nyonya lalu merekapun mendapat status bumiputra. Dengan suasana politik sekarang, kaum ultra kiasu DAP ini sanggup berbuat apa saja.

Mula mula masyarakat Baba dan Nyonya membuat tuntutan, kemudian kaum serani/portugis lalu diikuti oleh kaum ultra kiasu dengan alasan dorangpun sudah berpuluh tahun tinggal di Malaysia. Semua ini tak mustahil. Harap Ds Najib dapat membuat keputusan yang tepat. Mungkin Kerajaan dapat membantu masyarakat Baba dan Nyonya ini dengan cara yang lain selain daripada memberi status bumiputra.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

aku sokong ulasan kamu beb. nampaknya ali rustam seolah olah nak jadi pembela kepada kaum yang dah lama tinggalkan budaya mereka. hari ini ramai diantara mereka yang sudah menghantar anak cucu mereka ke sekolah jenis kebangsaan cina. tidak kurang juga yang berkahwin dengan orng cina dimana pertuturan bahasa melayu sudah pun digantikan dengan pertuturan bahasa inggeris. hanya golongan yang tua sahaja yang tinggal tak berapa kerat yang berpegang dengan adat resam dan budaya nyonya baba. tak kan pulak dah dekat nak pilihanraya ali rustam nak ketengahkan issue ini. aku tak fikir semua mereka mereka itu akan menyokong BN...... cakar boleh lah tapi undi belum tentu kerana telah terpedaya dengan isssue yang dibawa DAP. pada aku cina tetap cina dan kalau mati pun tetap dinamakan cina.