Geng Bas Sekolah

April 12, 2012

Ambiga Kecewa Ditinggalkan Anwar Ibrahim


Bersih 2.0 mengalu-alukan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa perhimpunan Bersih 3.0 boleh diteruskan selagi tidak bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011, tetapi menegaskan, tidak ada keperluan bagi pihaknya mengubah lokasi - Dataran Merdeka - yang telah pun dirancang.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, pihaknya telah memilih Dataran Merdeka sebagai lokasi kempen Duduk Bantah Bersih 3.0 dan ia akan diteruskan memandangkan premis itu relevan dari segi sejarah perjuangan mendapatkan kemerdekaan dan amalan demokrasi di Malaysia.

"Bersih 2.0 mengalu-alukan kenyataan dari Menteri Dalam Negeri yang membenarkan Bersih 3.0 berhimpun pada 28 April 2012. Perlu ditegaskan di sini bahawa Bersih tidak akan beralih dari Dataran Merdeka sebagai tempat berhimpuan," kata beliau.


Nampak sangat dorang ni kemaruk popular. Bukan aku tak tahu pasal apa dorang nak buat kat sana. Sebab supaya senang orang ramai boleh nampak dorang terkinja kinja kat Dataran Merdeka. Kalau buat dalam stadium nanti tak hot lah. Tempat tertutup. Nanti orang ramai tak nampak pulak dorang buat aksi tak senonoh hahahaha.

Aku dengar cerita puak PAS pun tengah fikir nak ikut ke tak. Maklumlah sokongan pada dorang dah semakin kurang sejak si pakcik Rani kata kes murtad tak penting. Apatahlagi putarbelit pemimpin PAS sejak akhir akhir ni mengikis sedikit sebanyak keyakinan pengikut dorang.

Kalau puak PAS tak ikut, memang sah demo bershit 3 ni jadi macam funfair je lah hehehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: