Tengahari tadi bertempat di Medan Selera Presint 8 Putrajaya, sekumpulan penduduk yang diketuai oleh beberapa Pengerusi Persatuan Penduduk sekitar Putrajaya berkumpul dan berhimpun secara aman melahirkan rasa tidak puas hati.
Kumpulan wakil penduduk dan segelintir masyarakat yang marah dan berang dengan penyebaran akhbar Harakah ke rumah-rumah di sekitar kompleks kediaman penduduk.
Aktiviti penyebaran akhbar Harakah ini berlaku semenjak dua menjak nie rentetan daripada ceramah tanpa permit mereka di tempat awam seperti Pasar Basah Presint 8 dan Medan Selera Presint 9.
Penyebaran akhbar Harakah ke pintu-pintu rumah ini mengundang rasa tidak senang dan kurang selesa penghuni lantas begitu banyak aduan yang diterima persatuan penduduk.
Sebab itulah mereka mengambil keputusan berkumpul bagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan bertindak mengoyak dan membakar akhbar Harakah dan memijak bendera Israel.
Sumber: Kulaan Niring
Elok dicari siapa yang gatal tangan pergi sebar akhbar Haprak ni lepas tu pijak ramai ramai. Itu je hukuman yang setimpal. Sibuk sangat puak PAS ni nak berpolitik 24jam puihh.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment