Geng Bas Sekolah

March 4, 2012

Tanpa Sokongan Wanita, UMNO Akan Binasa

Selama ini UMNO disokong oleh Wanita UMNO. Wanita UMNO di ibaratkan sebagai ibu kepada ahli UMNO kerana mereka sanggup menanggung susah payah demi keutuhan parti. Sejak awal kemerdekaan lagi, kaum wanita UMNO telah banyak berkorban seperti yang dilakukan oleh Datuk Siti Rahmah Kassim dan para wanita lain ketika itu yang sanggup menyerahkan barang kemas untuk mengumpul wang supaya Tunku dapat berangkat ke London untuk menuntut kemerdekaan.

Setiap kali PRU, Wanita UMNO sanggup melakukan kunjungan rumah ke rumah untuk mendekati pengundi, membantu malah ada yang memapah pengundi uzur supaya pengundi dapat menjalankan tanggungjawap. Wanita UMNO juga senantiasa berdiri teguh dibelakang presiden parti tanpa mengira waktu susah ataupun senang.

Oleh itu sewajarnya Wanita UMNO dipuji dan disanjung tinggi. Kerana tanpa mereka,  UMNO tidak mungkin akan bertahan sepertimana pada hari ini. Malah DS Najib juga memuji jasa dan pengorbanan Wanita UMNO (Klik Sini)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

UMNO TEGUH KERANA PERANAN WANITA JUGAK BROO. TOKOH2 MCM PUTIH MARIAH, ZAINAB ABD RAHMAN, SALINA ALI, AISHAH GHANI ADALAH WANITA BERHATI WAJA. DIORANG PENGGERAK KPD KEMAJUAN WANITA MESIA SMPI ADA YG BERJAYA DAN PEGANG JAWATAN TERTINGGI. TAK DE PIHAK YG BLEH NAFIKAN SUMBANGAN WANITA DLM UMNO. CUMA KLU BLEH PUTERI2 UMNO CUBA CONTOHI GERAK KERJA WANITA ATAU DPT BUAT LBIH LAGI