Pagi tadi ramai penjawat awam yang meloncat loncat girang apabila SBPA dimansuhkan dan mereka mendapat kenaikan gaji sehingga 13%. Yang meloncat loncat ini termasuklah puak penyokong pembangkang yang mendakwa wang Kerajaan BN haram tetapi selamba badak je mereka suap masuk mulut. Bila dapat kenaikan, mereka lagi seronok sampai lupa diri.
Ok bukan bab kenaikan yang aku nak cakap. Tapi soal pelarasan gaji kakitangan awam yang akan mempengaruhi kenaikan harga barangan. Seperti yang berlaku dizaman gelap PakLah, sebaik sahaja kakitangan awam mendapat kenaikan gaji, maka harga barang juga naik mencanak.
Akibatnya yang menderita adalah mereka yang bukan kakitangan awam. Mereka yang bekerja disektor swasta. Mereka yang bergaji kecil seperti pengawal keselamatan, pekerja kilang, budak penghantar surat dan mereka yang bekerja sendiri.
Apakah jaminan Kerajaan kenaikan 13% ini tidak akan mempengaruhi kenaikan harga barangan? Ingat bukan semua orang dalam negara ini bekerja dengan Kerajaan termasuklah aku sendiri. Sebab itu aku suarakan kebimbangan dengan isu penyelarasan gaji kakitangan awam.
Kakitangan awam mendapat pembelaan, peneroka felda mendapat pembelaan tetapi mereka yang tidak terlibat dengan Kerajaan, siapakah yang akan membela nasib mereka? Harap Kerajaan boleh memikirkan cara mengelakkan golongan peniaga dan pengilang menindas golongan yang lemah.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
3 comments:
kakitangan swasta dapat 5, 6 bulan bonus x cerita pun. Ini masing2 punya rezeki lah. kakitangan awam dapat duit lebih pun akhirnya dia kena jugak beli itu ini untuk hidup. jadi duit tu pusing2 semua merasa.
bukan semua kakitangan swasta yang dapat bonus..yang aku maksudkan mereka yang kerja bergaji rendah..ko paham ke tak? aku dah cakap dah pengawal keselamatan, pekerja kilang.
apa ko pernah ke fikir apa perasaan dorang? nak pulak yang dah berkeluarga, anak bersekolah. kakitangan awam lainlah..boleh buat loan bank selagi mampu..xpun ada koperasi nak tolong.
TAK KIRE LE SISTEM APA PUN YG KERAJAAN NK PERKENALKAN NANTI. POKOKNYA SEMUA MESTI MERASA. BEK DARI KECIK2 PUNYE JAWATAN SAMPAI KE BESO2 PUNYE JAWATAN. SEMUANYA IKUT GRED MASING2. SESUAI DENGAN PENGALAMAN ATAU KELAYAKAN. CUMA HARAP2 JGN LER ADE YG NAK SABOTAJ USAHA KERAJAAN PLAK BILE GAJI DAH NAIK. TANG HARGE BRG, KERAJAAN KENE LER LIPAT GANDAKAN KAWALAN DAN AMIK TINDAKAN KT TOKEY2 YG TAMAK HALOBA. JGN KASI CHAN! >:]
Post a Comment