Geng Bas Sekolah

March 8, 2012

Rampasan Kuasa Di Kedah Berjaya


Dewan Ulama Pas Kedah meminta semua pihak menghormati pandangan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar walaupun beliau tidak lagi mempunyai kuasa mutlak bagi mentadbir Kedah.

Ketuanya, Syeikh Mohamad Abdullah berkata, semua pihak perlu mengamalkan pendekatan bermusyawarah dalam membuat sesuatu keputusan terutama yang melibatkan kemaslahatan umum.

"Dewan Pas Kedah berpendirian kemelut yang berlaku telah dianggap selesai dan dua Exco terlibat sudah pun bersetuju untuk menerima semula jawatan itu.

"Kedua-dua belah pihak menganggapnya selesai maka kini yang penting ialah semua ahli perlu mengutamakan perjuangan parti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Pas pusat semalam yang mengekalkan Azizan sebagai Menteri Besar, dua Exco menerima semula jawatan mereka dan sebuah Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat ditubuhkan bagi memantau kerajaan negeri.-utusan


Akhirnya drama rampasan kuasa di Kedah telah berakhir apabila Azizan sudah kehilangan kuasa untuk memerintah. Sekarang golongan pro yahudi zionis berjaya mengalahkan ularmak PAS. PAS hanya tinggal nama, jubah dan serban je sekarang.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

AJAI62 said...

Assalam Bro

Sian aku tenguk Azizan ni... PAS pun mengaku yang dia bodoh dan perlu dikawal... Nampak sangat pemimpin dan penyokong PAS ni jenis manusia yang macam mana... DONGKy...