Menteri Belia dan Sukan Dato Seri Ahmad Shabery Chik membidas tuduhan Mahfuz Omar ahli parlimen Pokok Sena yang pagi tadi mengadakan sidang media melemparkan tomahan dan tuduhan yang tidak berasas dalam beberapa pekara mengenai kementeriannya.
Menurut Shabery Chik beliau kecewa dengan sifat pemimpin pembangkang yang sering melemparkan fitnah dan pembohongan ke atas kerajaan atas sebab kepentingan politik dan bukannya membela rakyat.
"Seorang ahli parlimen seperti Mahfuz perlu bijak jika membangkitkan sesuatu isu. Isu yang dibangkitkan Mahfuz mengenai dana dari KBS seharusnya diajukan di dalam dewan rakyat dan bukannya dibicarakan secara tidak profesional."
"Saya cabar Mahfuz untuk membangkitkan apa yang beliau nyatakan pagi tadi dibawa ke dalam sidang dewan dan saya akan jawab secara profesional sebagai menteri yang bertanggungjawap. Mahfuz suka berbohong dan dan menjadi darah dagingnya dengan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan beliau:
"Mahfuz sebelum ini pernah mengkritik kerajaan kerana membenarkan seorang peninju muay thai datang ke Malaysia dan menyertai pertandingan yang diadakan di selangor. Apabila dijawap mengenai fitnah mahfuz itu bersertakan bukti yang mana pihak kerajaan negeri Selangor yang membiayai pertandingan itu beliau terus mendiamkan diri kerana malu alah dengan fitnah dan pembohongan yang dilemparkan ke atas Kementerian saya dan kerajaan" Ujarnya lagi.
"Saya sekali lagi mencabar Mahfuz untuk tanya mengenai kementerian KBS di dalam dewan rakyat dan saya nasihati agar beliau bersikap profesional sebagai ahli parlimen dan usah berperangai kebudak budakan."
Untuk makluman Mahfuz omar ahli parlimen pokok sena pagi tadi membangkitkan beberapa pekara iaitu peruntukkan rm10 juta yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk program hari himpunaan jutaan belia dan juga program Ceramah YB hassan ali yang didakwa sebanyak rm30 juta dana belia diperuntukkan untuk program tersebut.
Didalam PAS ada pelawak 3 stooges sebenarnya. Mereka bertiga adalah Mat Sabu, Mahfuz dan juga Din Pudu. Mereka bertiga ni sering mengeluarkan kenyataan lawak jenaka yang menjadi bahan gelak rakyat Malaysia.
Setiap tuduhan yang mereka buat selalunya tidak berdasarkan fakta. Semuanya hanya tuduhan merapu semata mata. Hanya untuk meraih publisiti murahan. Akupun tak tahulah kenapa puak PAS boleh memilih mereka bertiga menjadi pemimpin. Mungkin juga sebab puak PAS nipun sama lemau IQ macam dorang bertiga ni, tu pasal dorang boleh angkat 3 orang pelawak ni jadi pemimpin hehehehe.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment