Geng Bas Sekolah

March 22, 2012

Kamilia Ibrahim Bajet Hot


Kenyataan Kamilia Ibrahim

Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan “kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang. - KL-Today

Kenyataan Exco Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Wanita UMNO Negeri-Negeri

Kami, Exco Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Wanita UMNO Negeri-Negeri merakamkan kekesalan di atas kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Dato’ Kamilia Dato’ Hj Ibrahim dalam The Star bertarikh 22 Mac 2012 (Khamis) yang mendesak YB Sen. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Kenyataan tersebut merupakan agenda dan kenyataan peribadi beliau yang langsung tidak memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di dalam Pergerakan Wanita UMNO tentang isu tersebut samada di peringkat Exco, Negeri, Bahagian mahupun akar umbi. Malah sokongan kepada YB Sen. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil amat padu dan memberangsangkan seperti yang ditunjukkan ketika siri jelajah beliau ke negeri-negeri sebelum ini dan yang terakhir semasa Pelancaran Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbadanan Pasir Gudang, Johor.

Kami selaku Exco dan Ketua UMNO Wanita Negeri-Negeri ingin menegaskan bahawa kami akan sentiasa memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan YB Sen. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia. - Minaq Jinggo


Bila dah dekat dengan PRU mesti ada orang yang cuba nak menjadi hero. Nak bangkitkan macam macam isu yang bukan sahaja memalukan parti malah juga memalukan diri sendiri.

Bila makcik Kamilia ni buat kenyataan sesuka hati, nampak sangat dia ni macam ada rancangan halus nak menjatuhkan Shahrizat dan nak pegang jawatan Ketua Wanita UMNO. Napa nak cepat kaya ke? Ataupun nak jadi tokey lembu juga lepas ni?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

DIA TGH TUNGGU PELUANG JEK BROO. DIA NI MCM BURUNG PEMAKAN BANGKAI KEHKEHKEH