Geng Bas Sekolah

March 19, 2012

Apabila pak Kadir Memilih...

Pemimpin veteran UMNO yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengumumkan meletakkan jawatannya selaku ahli UMNO.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Abdul Kadir menjadi ahli UMNO dan memegang pelbagai jawatan dalam parti sejak tahun 1956 dan pernah menjadi Menteri Penerangan dan Menteri Pelancongan.

"Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, jawatan yang akhir dalam UMNO yang saya menjawat," katanya dalam kenyataan itu.


Alhamdullilah akhirnya pakcik ni keluar juga. Lepas ni bolehlah dia hentam UMNO puas puas sebelum menutup mata untuk selamanya. Mungkin dia ni bakal menjadi calon PKR untuk PRU akan datang. Sebab tu dia keluar UMNO hehehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: