Geng Bas Sekolah

February 3, 2012

Zaid Ibrahim Diarah Meletak Jawatan - KITA


Datuk Zaid Ibrahim digesa meletak jawatan dan berundur daripada mengetuai Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) kerana disifatkan gagal menguruskan parti itu dengan baik.

Pengerusi Kita negeri Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Zaid sepatutnya berundur daripada parti berkenaan dengan cara terhormat tanpa merosokkan imej parti yang baru berusia setahun itu.

Sambil menyifatkan Zaid sebagai pemimpin yang tidak mempunyai prinsip, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga dilihat sebagai tidak bertanggungjawab kerana mengumumkan pembubaran Kita tanpa persetujuan semua pihak khususnya pemimpin peringkat negeri.

"Lebih baik beliau keluar dengan cara terhormat, keluar tanpa merosakkan parti ini yang sedang menuju kearah peperangan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Turut menyokong gesaan agar Zaid meletak jawatan dan berundur daripada Kita ialah Pulau Pinang, Selangor dan Sabah.

Selain itu tegas Zamil, Kita tidak akan dibubarkan walaupun Zaid tidak lagi mengetuai parti itu.

"Kita akan teruskan parti ini, walaupun tak ada Datuk Zaid. Kami boleh uruskan parti ini sendiri.

"Parti politik seperti Kita ini bukan seperti syarikat guaman atau syarikat-syarikat lain yang boleh dibuka dan ditutup sewenang-wenangnya. Kita ada ahli yang ramai. Kenyataan Datuk Zaid seolah-olah menconteng arang ke muka kami pemimpin-pemimpin negeri," katanya.


Inilah masalah Zaid Ibrahim. Dia terlalu ikutkan perasaan. Dari UMNO melompat PKR. Lepas tu masuk pula KITA. Perangai melompat parti memang tak boleh dibuang apatahlagi bila dah tua tua macam ni. Dia tak boleh nak berhadapan dengan masalah. Suka ambil jalan mudah. Orang macam ni memang tak layak jadi pemimpin

Rasa rasa kalau dia masuk JATI, Dr Hassan Ali bagi tak hehehehe.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

ALAHAI KESIAN ZAID..DIA JUGAK BIARKAN DIRI DIA JD BOLA..DIA KUAR UMNO LEPAS TU KUAR PKR LPAS TU KENE SEPAK DGN AHLI SENDIRI..TAK PENAH JD DLM SEJARAH KETUA PARTI SENDIRI KENE SEPAK DGN ORG BAWAHAN KEHKEHKEH