Geng Bas Sekolah

February 7, 2012

Nizar Pengkhianat Melayu Dan Islam


Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membantu DAP meyakinkan orang Melayu di Perak bahawa parti itu tidak bersifat cauvinis Cina dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di negeri ini.

Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengakui peluang kemenangan pembangkang di Perak masih '50-50' berkata, parti itu harus terus bekerja keras bagi mengekalkan 18 kerusi sedia ada yang dimenangi mereka pada pilihan raya umum lalu.

“Pada pilihan raya 2008, kita (pembangkang) memenangi lapan kerusi dengan undian majoriti kurang daripada 100 undi sementara UMNO pula mempunyai 10 kerusi dengan undian kurang 1,000 undi. Kita boleh mendapat kemenangan dua pertiga sekiranya 10 kerusi itu jatuh ke tangan kita.

“Namun, kita tidak harus selesa kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak datang ke sini setiap minggu. Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek pula tiap-tiap hari dan sekarang, Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel juga akan turun dengan lebih kerap apabila dilantik sebagai Pengerusi MIC negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan ulang tahun ketiga 1Black Perak bagi memperingati kehilangan kuasa tampuk pemerintahan negeri di bawah sepohon pokok.

Turut hadir, Ketua Pembangkang Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussian serta Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr. Lee Boon Chye yang juga Ahli Parlimen Gopeng.

Pada majlis tersebut, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang yang hadir, berpakaian serba hitam turut bertafakur serta melepaskan belon hitam yang dianggap sebagai simbol ‘pembebasan’ Perak.


Alahai bodohnya orang melayu yang diketuai Nizar Jamaluddin ni. Ikut sangat kehendak Ngeh. Siap berdrama bagai. Lepaskan belon hitam buat apa. Baik ko lepaskan gagak hitam je terus.

Nizar buatlah macammanapun, DAp tetap parti cauvinis cina. Orang melayu dan agama islam dalam bahaya kalau DAP terus berkuasa. Umat islam Perak akan terus berjihad menentang parti cauvinis cina DAP.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

DIA LEPASKAN BELON HITAM TU SEBAGAI TANDA BERKABUNG FUCKATAN NAK TERKUBOR PRU NANTI BROO KEHKEHKEHKEH