Geng Bas Sekolah

February 17, 2012

Nik Aziz Ajar Umat Islam Berbohong


KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu depan berhubung kenyataan Anwar yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menyokong Israel ketika ditemubual media asing, Wall Street Journal baru-baru ini.

Nik Aziz berkata, sehingga kini Anwar masih lagi belum menghubungi beliau untuk menjelaskan isu terbabit.

“Itu saya tak boleh jawab…bila dia hubungi saya akan beritahu. Ia bukan isu besar. Boleh jadi kami akan jumpa di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan Majlis Syura Ulama Pas yang mendesak Anwar menarik balik kenyataannya dalam isu sokongan terhadap Israel.

Sebelum ini Nik Aziz dilaporkan meminta Anwar memberi respons secara terbuka termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan jika kenyataannya dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza.

Nik Abdul Aziz juga mengalu-alukan Penasihat PKR itu berjumpa dengan pemimpin Pas termasuk beliau bagi menyelesaikan isu terbabit jika tidak berkeberatan untuk berbuat demikian.

Baru-baru ini Anwar dilaporkan menyatakan sokongan terhadap usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan Israel ketika ditemubual oleh Wall Streat Journal (WSJ).

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah yang mengatakan penubuhan Ladang Rakyat tidak membawa kemajuan kepada rakyat Kelantan, Nik Aziz menyelarkan tanggapan dan persepsi itu dan menyifatkan ia adalah satu pembohongan.

Nik Aziz menyanggah dakwaan itu dan menyifatkan ia tidak benar sama sekali.

“Kita bohong…biar ada kaedah. Kalau berbohong sangat di atas dunia ini orang tak percaya juga. Nak berbohong ada kaedahnya. Sebab itu ada pembohongan yang orang boleh percaya…tapi ada yang tak boleh dipercayai,” katanya.


Antara ciri ciri ulama adalah amanah manakala ciri munafik adalah berbohong.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shafwan bin Sulaim berkata Rasulullah s.a.w. ditanya: "Apakah orang mukmin yang dapat menjadi penakut?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ya." Ditanya pula: "Apakah mungkin seorang mukmin itu pendusta?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Tidak."

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: