Geng Bas Sekolah

February 20, 2012

MCA Tolak Kejahilan DAP / PAS


Dalam debat yang diadakan antara Lim Guan End dengan Chua Soi Lek baru-baru ini, Chua Soi Lek dikatakan menyatakan fakta bahawa MCA berani menentang UMNO dari melaksanakan hudud, tidak seperti DAP yang tidak berani menentang PAS. Kemudian dalam twitter saya dapati isu ini sudah dispin oleh cybertrooper PR.

Pada pandangan saya, ada dua perkara yang penting di sini. Pertama, mereka berdebat dalam bahasa Mandarin. Sesiapa yang menyaksikan siaran langsung itu, dan yang tidak memahami bahasa Mandarin akan keliru dengan terjemahan oleh Astro Awani. Terjemahan dibuat secara langsung, dan kadang-kadang penterjemah terbata-bata mencari perkataan yang tepat.

Walau apapun ayat sebenar Chua Soi Lek, saya yakin maksud beliau adalah tentang hudud PAS yang dikalangan dunia Islam pun mendapat tentangan. Beliau sebagai kaum Cina minta kepada seorang lagi kaum Cina dari parti berlainan apa sebenarnya strategi DAP bagi menghalang PAS melaksanakan hudud jika mereka berkuasa nanti.

Pertanyaan itu tidak dijawap oleh Lim Guan Eng. Namun Lim Guan Eng menjawap "tiada seorang pun orang Cina yang dibunuh oleh PAS sekarang ini." Sebenarnya Pakatan Rakyat tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Mereka hanya ingin ke Putrajaya, dan matlamat perjuangan tidak dibincangkan. Jika mereka berjaya, mereka akan menghadapi masalah dalam melaksanakan dasar kerana PR diterajui oleh dua parti yang radikal. PAS dengan Islamnya dan DAP dengan Malaysian Malaysianya.

Namun jawapan LGE itu berbau perkauman apabila beliau berkata tiada seorang pun kaum Cina dibunuh oleh PAS. LGE bermain dengan api, seolah-olah menyatakan bahawa selama ini terlalu ramai Cina dibunuh oleh UMNO.

Apa yang jelas, Chua Soi Lek senada dengan UMNO iaitu menolak Islam radikal ala PAS. Itu saja dan tidak timbul soal MCA menolak Islam di sini.

Sumber: PahangKu


Pelik aku dengan puak pembangkang ni. DAP tu terang terang tolak Hudud, tapi dorang tak berani bukak mulut. Tapi bila dengan MCA perghhh macam mulut pondan kena cabul bisingnya. Tapi inilah namanya politik duniawi. Tak kira yang berjubah, berserban, Putrajaya tetap jadi idaman. Bak kata Tok Guru mereka "Wal Halalku Wal Harammu"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Cheguman said...

Mereka tidur berasingan tapi mimpinya sama.