Seorang ibu tunggal dan empat anaknya sanggup tinggal di rumah kebajikan yang dikendalikan oleh sebuah gereja di ibu kota akibat desakan hidup selepas ditinggalkan oleh suaminya.
Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi semalam dan dikhuatiri akidah mereka boleh terpesong jika terus dibiarkan tinggal di situ.
Menurutnya, wanita yang berasal dari Rengit dekat sini itu, bukan sahaja menderita ditinggalkan oleh suami, malah tidak diendahkan oleh keluarganya.
Ekoran itu, dia akan empat anaknya meninggalkan kampung dan berpindah ke ibu kota untuk memulakan hidup baharu.
“Bagaimanapun, cabaran hidup di ibu kota ‘mengasak’ wanita itu hingga dia menerima tawaran untuk tinggal di rumah kebajikan kendalian sebuah gereja yang menjanjikan kehidupan lebih sempurna,” katanya selepas menyampaikan bantuan kira-kira RM300,000 kepada 44 masjid dan 167 surau di kawasan Parlimen ini di sini.
Beliau memberitahu, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tahun lalu dan bertindak daripada maklumat itu, beliau bersama NGO tersebut berusaha membawa keluar wanita berkenaan bersama anak-anaknya dari rumah kendalian gereja berkenaan.
“Kami memindahkan wanita itu tinggal di rumah lain dan sewa selama setahun saya tanggung bagi meringankan bebannya,” katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.
Mohd. Puad berkata, situasi malang itu tidak akan berlaku jika transformasi berlaku dalam institusi masyarakat seperti masjid dan surau supaya lebih prihatin terhadap penduduk di kariah masing-masing, terutama dalam menjaga kebajikan, mengesan dan membantu golongan yang susah di kawasan mereka.
“Jangan hanya salahkan pihak lain yang cuba memesongkan akidah umat Islam, tetapi renung kelemahan kita kerana institusi masyarakat termasuk masjid dan surau tidak mengalami transformasi, sebaliknya hanya terlalu menumpukan kepada aktiviti ibadat rutin sehingga seolah-olah mengabaikan kebajikan masyarakat.
Salah siapa bila kes macam ni terjadi? Aku dah bosanlah bila dengar kes macam ni. Nampak sangat yang pihak kebajikan tak buat kerja. Malah lebih memburukkan keadaan apabila pihak agama islampun main lepas tangan je.
PAS kata mereka amalkan konsep negara berkebajikan. Inilah masanya untuk membantu mereka yang memerlukan. Tapi mereka ada hati perut ke nak tolong orang susah ataupun sekadar retorik semata mata hehehe.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment