Geng Bas Sekolah

February 21, 2012

Kehadiran Bangsa Afrika Mengancam keselamatan Negara


Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada penuntut asing ke negara ini bagi membendung penyalahgunaan pas itu adalah tepat.

Malah bekas Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Mesir, Zulkifli Yaacob mencadangkan supaya visa untuk pelajar dari negara-negara Afrika dihentikan terus kerana ia mengancam keselamatan negara dan rakyat.

Beliau berkata, berdasarkan perkembangan semasa, pelajar Afrika hanya datang untuk mencari wang di negara ini dengan menggunakan pelbagai cara termasuk melanggar undang-undang dan bukannya untuk belajar.

"Saya menyokong penuh keputusan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana pelajar asing terutama daripada Afrika menggunakan visa bukan untuk belajar, saya dapati 99 peratus pelajar Afrika datang ke sini bukan untuk pelajar.

"Mereka datang ke sini adalah untuk mencari wang dengan melakukan kegiatan yang tidak elok seperti menjadikan negara ini sindiket pengedaran dadah antarabangsa.


"Agak pelik mereka tidak pergi ke negara Arab atau Eropah, mereka sanggup meredah dua benua untuk ke negara ini kerana undang-undang kita longgar," dakwanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


"Saya pernah belajar di Mesir dan pernah ke United Kingdom, kedua-dua negara amat menjaga soal keselamatan negara dan tidak membenarkan orang asing masuk ke negara mereka sewenang-wenangnya.

"Selain itu, saya juga merasa amat sedih apabila melihat orang Afrika ini merosakkan pelajar-pelajar kita terutama perempuan, mereka ini bukannya ada pelajaran dan berharta pun," dakwanya.


Memang patutpun pemberian visa dan pas dihentikan. Ianya sebenarnya tidak membantu negara. Kehadiran orang Afrika hanya mengancam keselamatan negara. Cukuplah kita menghadapi masalah kebanjiran pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, China dan India. Untuk mengatasi masalah inipun kita tak mampu. Ini nak ditambah lagi bangsa Afrika.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

saya setuju 100% < visa untuk dia orang ni dihentikan segera, sehingga satu formula ditemui..maknanya hanya mereka yang betul betul pelajar bukan perogol datang kenegara kita.