Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyifatkan cadangan menghantar guru bahasa Inggeris mengikuti program latihan di luar negara sebagai membazir dan membuang masa.
Presidennya, Hashim Adnan berkata, kerajaan perlu mencari jalan untuk memperkasa kemahiran guru tersebut tanpa perlu meninggalkan sekolah kerana ia dilihat lebih praktikal serta tidak melibatkan kos yang tinggi.
"Adakah dengan menghantar guru ke luar negara benar-benar mampu menjamin mereka dapat memberi impak seperti yang diharapkan setelah pulang nanti?
"Saya yakin dengan kemampuan semua guru bahasa Inggeris sedia ada kerana mereka memiliki kelayakan yang cukup setelah mengikuti pengajian selama empat tahun di universiti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Kementerian Pelajaran mengkaji untuk menghantar guru bahasa Inggeris mengikuti program latihan di luar negara agar penguasaan mereka dalam bahasa itu dapat dimantapkan.
Mengulas lanjut, Hashim turut mencadangkan kepada kementerian supaya menggunakan semua pakar bahasa Inggeris tempatan termasuk yang telah bersara dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa dan teknik pengajaran guru terbabit melalui kursus-kursus pendek.
"Adalah lebih baik sekiranya pakar-pakar tempatan mengadakan kursus kepada guru Bahasa Inggeris di setiap sekolah untuk berkongsi pengalaman dan idea mereka bagi tujuan tersebut.
"Jangan memandang rendah serta memperlekehkan kemampuan pakar-pakar tempatan yang sebenarnya mampu memberi sumbangan besar dalam memantapkan penguasaan bahasa Inggeris guru di negara ini," ujarnya.
Ntah apa apa. Semua nak hantar ke luar negara. Padahal bukan tak boleh belajar dalam negara je. Setakat bahasa inggeris, bersepah orang boleh cakap. Sekarang ni bukan lagi zaman batu. Nak belajar sesuatu bahasa tu sampai kena pergi luar negara. Ini pulak bahasa inggeris je. Nik Azizpun boleh speaking pejam mata je lah.
Cadangan nak hantar guru keluar negara ni saja je nak habiskan wang rakyat. Ataupun ada kroni tertentu yang nak dapat duit projek sebab tu dorang cadangkan nak hantar pergi keluar negara?
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment