Geng Bas Sekolah

February 8, 2012

Budaya Mengagungkan Pemimpin Sehingga Syirik




Budaya terlalu mengagungkan pemimpin terutama tokoh agama sebenarnya boleh membawa kepada syirik. Islam sendiri tidak menyuruh penganutnya menyimpan dan mengagungkan gambar pemimpin atau tokoh ulama tertentu. Budaya sebegini adalah berasal daripada ajaran yahudi dan nasrani dimana gambar tokoh agama mereka dipuja sehingga akhirnya diangkat menjadi sembahan.

Malah pada awal manusia menyembah berhala adalah kerana mereka terlalu mengagungkan orang yang soleh dikalangan mereka sehingga membuat patung menyerupai orang soleh berkenaan.


Dalam kitab Qasas al-Anbiya’, Imam Ibn Katir rhm.menyebut “Setelah beradab-abad kejayaan islam, keadaan berubah menjadi sebaliknya iaitu ketika manusia beralih kepada penyembahan berhala. Penyebab perubahan itu seperti yang terdapat dalam hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas tentang pentafsiran ayat Allah s.w.t dalam surah Nuh ayat 23 yang bermaksud, “ Dan mereka : Jangan sesekali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan sesekali kamu meninggalkan (penyembahan) Wad, Suwa’, Yaghuth, Ya’uq dan Nasra.”


Ibn Abbas mengatakan “nama-nama tersebut ialah nama orang soleh daripada kaum Nabi Nuh a.s. Ketika mereka wafat, syaitan membisikan kepada kaumnya agar mereka membuat patung orang soleh antara mereka dan memberikan nama patung-patung mengikut nama-nama orang soleh tersebut. Mereka patuh pada bisikan syaitan itu. Pada mulanya patung-patung tersebut tidak disembah, namun setelah mereka meninggal dunia, maka patung-patung itu akhirnya disembah.


Ibn Abbas berkata lagi “ Berhala-berhala yang ada dalam kalangan kaum Nuh akhirnya muncul tengah-tengah bangsa Arab.”


bn Jarir dalm tafsirnya, Jami’al-Bayan menyebut, “merekalah orang soleh yang hidup antara waktu Adam dan Nuh. Mereka mempunyai ramai pengikut setia. Selepas mereka meninggal, para pengikutnya berbincang. Ada yang mencadangkan ‘Bagaimana jika kita membuat patung-patung mereka kerena dengan demikian, kita akan lebih kuat beribadat jika teringat kepadanya.’


Maka para pengikut mereka membuat patung-patung tersebut. Apabila para pengikut orang soleh tadi telah meninggal dunia dan berganti dengan generasi baru, iblis datang menggoncangkan hati mereka.


Iblis berkata, “Jika kamu bersedia menyembah mereka, maka hujan akan turun kepadamu. Mereka pun bertekad menyembah patung-patung tersebut.

Inilah bahayanya jika terlalu taksub kepada manusia. Tanpa sedar ianya boleh membawa syirik dan merosakkan iman.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: