Geng Bas Sekolah

February 17, 2012

Apabila Monyet Menjadi Ketua Bahagian


DALAM tempoh beberapa minggu ini, kita menyaksikan bagaimana aktifnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang menemui rakyat di negeri-negeri.

Pada Sabtu ini, Najib akan ke Perak dan Muhyiddin akan ke Pulau Pinang, beberapa hari lalu Muhyiddin ke Kedah dan Najib pula akan ke negeri Jelapang Padi berkenaan pada 25 Februari dan 3 Mac ini.

Begitulah jadual dua pemimpin utama negara dalam usaha mereka mengukuhkan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta menyampaikan mesej kepada rakyat kenapa perlu mereka menyokong parti memerintah tersebut.

Tetapi persoalan yang bermain di fikiran kita ialah sejauh manakah kegigihan yang ditunjukkan oleh Presiden dan Timbalan Presiden UMNO itu dicontohi oleh kepimpinan UMNO di peringkat bahagian-bahagian.

Apakah mereka hanya dilihat aktif dan turun menemui rakyat apabila pemimpin utama melakukan lawatan sahaja?

Dalam keadaan UMNO sedang membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dianggap cukup getir dan penting ini, tidak dapat dinafikan masih ada ketua-ketua bahagian yang masih belum insaf.

Mereka masih ingin meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan parti, bangsa dan negara. Bagi golongan ini, kedudukan politik mereka jauh lebih penting manakala soal kemenangan parti adalah soal kedua.

Sebab itulah wujudnya sikap sesetengah ketua bahagian yang memberi amaran awal bahawa mereka akan melakukan sesuatu jika tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Mereka tidak peduli sama ada pilihan raya umum kali ini amat penting kepada UMNO atau tidak, yang mereka tahu siang dan malam, mereka hanya memikirkan kedudukan mereka sahaja.

Ketika diminta mengulas sikap ketua-ketua bahagian seumpama itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof.Dr.Mohamed Mustafa Ishak berkata, itulah akibatnya apabila golongan berkenaan meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan parti, bangsa, agama dan negara.

''Mereka sepatutnya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti membuat keputusan dan akur terhadap siapa sahaja yang dipilih sebagai calon.

''Kalau calon itu menang, ketua bahagian yang tidak terpilih itu juga akan untung tetapi kalau parti kalah, ketua bahagian itu akan turut merasa tempiasnya,'' katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada ketua-ketua bahagian yang bersikap demikian bahawa sekarang adalah masa untuk mereka 'membayar semula' segala jasa yang diberikan oleh UMNO kepada mereka.

''Inilah masanya mereka membalas budi parti ketika UMNO amat memerlukan belas ihsan mereka dalam meneruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara,'' katanya.

Sambil mengingatkan kepada ketua-ketua bahagian supaya percaya kepada Qada dan Qadar Allah, beliau juga menegaskan, jika mana-mana ketua-ketua bahagian atau pemimpin UMNO melakukan sabotaj kepada parti maka mereka boleh dianggap pengkhianat dan lebih teruk daripada pembangkang.

''Oleh itu, tunjukkan belas ihsan kepada parti, tiada gunanya ketua bahagian tersebut mahu mempertahankan kedudukan politiknya tetapi parti kalah dan akibatnya akan ditanggung oleh anak cucu, bangsa dan agama di masa depan,'' katanya.

Baca selanjutnya disini


Borinkkkk...Kalau dah monyet tu tetap monyet jugalah. Tegurlah macam manapun, tetap susah nak berubah. Sikap tamak dan pentingkan diri sendiri memang payah nak kikis.Elok mana mana ketua bahagian yang berperangai serupa monyet ni dibuang je dari parti. Tak payah nak tunggu dekat PRU. UMNO tak perlukan monyet didalam parti.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: