Geng Bas Sekolah

February 22, 2012

13 Mei - Darah Dibayar Darah


Buat generasi muda sekarang, mereka tidak tahu bagaimana peritnya orang terdahulu menderita disebabkan rusuhan 13 mei. Kesannya lebih berat dirasai oleh orang orang melayu ketika itu. Kegagalan orang melayu mempertahankan kedudukan politik ketika itu telah memyebabkan orang melayu menanggung bala.

Sekarang keadaan orang melayu semakin terhakis apabila generasi muda tidak berminat untuk mendaftar dan mengambilberat soal pilihanraya. Jika orang melayu mahu selamat dinegara ini, orang melayu perlu menguasai dua perkara iaitu ekonomi dan politik.

Tetapi sejak merdeka, orang melayu sudah ketinggalan untuk menguasai ekonomi sebaliknya orang melayu hanya mampu berjaya menguasai kuasa politik sahaja. Dan sekarang sekiranya orang melayu turut kehilangan kuasa politik, maka orang melayu akan menjadi bangsa paling bangsat dinegara sendiri.

Bacalah buku "13 mei, sebelum dan selepas" nukilan Tunku Abdul Rahman sendiri. Fahamilah mengapa generasi muda melayu perlu mendaftar dan kenal alam politik sekarang. Orang melayu sekarang sebenarnya berada didalam bahaya dan amat amat kritikal. Jangan ulangi kesilapan lalu atau negara akan menghadapi malapetaka yang lebih besar daripada peristiwa 13 mei 1969.

klik sini untuk membaca buku 13 mei - sebelum dan selepas

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: