Geng Bas Sekolah

January 19, 2012

Kerajaan BN Halalkan Wang Dicuri Anwar Ibrahim Dahulu


Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid, mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal sebanyak 20 Akaun Induk (Master Accounts) yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Abdul Murad dalam Akuan Berkanun yang diikrarkan di depan Pesuruhjaya Sumpah di sini pada 26 Oktober lalu mendakwa Anwar menggunakan wang akaun induk itu untuk memajukan cita-cita politiknya termasuk membayar hutang-hutang para penyokong.
Sebahagian daripada mereka yang mendapat bantuan Anwar sekarang merupakan aktivis parti pembangkang.

Beliau juga mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu memperalatkan pengaruh BNM untuk keuntungan perniagaan kawan-kawan, kroni dan elemen-elemen asing.

Menurut beliau, Anwar memberikan sekurang-kurangnya AS$10 juta (RM38 juta) kepada sebuah agensi kumpulan pemikir Amerika Syarikat yang berpusat di Washington untuk menaikkan imejnya di negara-negara Barat, khususnya di Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain negara Eropah.

Katanya, beliau bertanggungjawab mengatur sumbangan AS$10 juta kepada agensi itu yang diketuai oleh seorang bekas pengarah kanan Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Douglas H. Paal.

Abdul Murad, 46, membacakan Akuan Berkanun beliau itu pada sidang akhbar yang diadakan di Hotel Grand Olimpic di sini hari ini. Dalam nada kesal beliau mengakui bahawa beliau juga ialah salah seorang kroni yang menguruskan akaun induk milik Anwar.

Bagaimanapun, beliau mendakwa terpaksa melaksanakan arahan-arahan Anwar seperti mengatur pinjaman-pinjaman bank dalam jumlah beratus-ratus juta ringgit untuk kroni-kroni lain walaupun ini bertentangan dengan undang-undang ''kerana sebagai Menteri Kewangan dia akan cincang saya jika arahan-arahan tersebut tidak dilaksanakan.''

''Saya percaya terdapat sekurang-kurangnya 20 akaun induk lain yang diwujudkan untuk Anwar oleh pelbagai kroninya. Saya percaya bahawa jumlah dana-dana dalam 20 akaun induk itu mencapai lebih daripada RM3 bilion.

Baca selanjutnya disini


Apa dah jadi dengan kes ni? Kenapa senyap sampai sekarang. Dan kenapa Kerajaan BN tidak menggunakan isu ini untuk melawan fitnah gila pakcik Anwar? Takut ada rahsia lain terbongkar ke? Gila ahh korang ni hahahaha.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: