Geng Bas Sekolah

December 28, 2011

Gara Gara KJ Genius, Rumah Rakyat Kena Rampas ?

REMBAU: “Saya bercadang mahu membuat pengubahsuaian rumah awal tahun depan tetapi terkejut diberitahu rumah dibeli secara tunai lebih 10 tahun lalu sudah dilelong dan kini mempunyai pemilik lain,” kata kakitangan kerajaan, Normala Hashim, 48, yang terkejut apabila rumah teres setingkat dibelinya di Taman Rembau Utama, di sini, dilelong tanpa pengetahuannya.

Menurutnya, tiga minggu lalu, dia didatangi pembida yang mengatakan sudah membeli rumahnya dengan bayaran RM6,300 sebagai deposit melalui Kontrak Lelongan Awam di Mahkamah Tinggi Seremban.

Normala berkata, masalah itu bukan saja menghimpit dirinya tetapi lapan lagi pemilik rumah yang sudah membeli rumah secara tunai juga dimaklumkan kediaman mereka turut tersenarai dalam lelongan itu.

“Perkara ini sudah tentu memeranjatkan kerana sudah 11 tahun kami mendiami rumah itu namun awal bulan lalu didatangi broker mengatakan rumah ini akan dilelong,” katanya ketika ditemui di Taman Rembau Utama, di sini, semalam.

Katanya, ketiadaan geran tanah juga menyebabkannya berdepan dengan situasi sukar apabila timbul masalah seperti itu.

“Sebelum ini kami cuba mendapatkan geran tanah rumah untuk menuntut hak milik kekal namun pelbagai alasan diberikan pihak berkaitan sehinggalah tiba waktu rumah kami dilelong.

“Kami berasa tidak puas hati dan tertipu apabila tidak menerima sebarang notis mengatakan rumah dilelong sedangkan bayaran pembelian rumah sudah lama langsai,” katanya. Seorang lagi pemilik rumah yang baru kematian suami, Aminah Jahan, 39, berkata, dia terkejut dimaklumkan rumah diduduki lebih 10 tahun lalu sudah dilelong.

“Lebih menyedihkan, rumah ini dihadiahkan oleh ayah kepada saya dan kakak, malah rumah ini sudah habis dibayar cuma sehingga kini kami tidak memperoleh geran rumah,” katanya.


Ini memang celaka punya kes. Aku rasa ada orang dalam yang sengaja nak mengambil untung dengan tidak memberikan geran rumah. Lepas tu dijual kepada orang lain. Elok siasat siapa orang dalam dan bogelkan je. Lepas tu arak tengah jalan. Orang macam ni memang tak patut dibiarkan.

KJ pun sila beri perhatian kepada kes ni. Jangan berangan jadi model genius je. Nanti tak pasal pasal kena balun macam si Pudin New Orde.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

banyak kes sebegini dlm malaysia nie,masaalah utama alamat rumah masih nama company tak tukar2 semasa buat S&P rumah tu,alamat surat menyurat mcm cukai pintu dan lain2.Tapi duit bulan2 loan bank ,pemunya sebenar yg bayar lps abis bayar lesap la rumah tu sbb company yg punya.