Geng Bas Sekolah

December 12, 2011

Dr Hassan Ali Maafkan Khalid Samad Kerana Khalid Samad Masih Belum Matang


Exco kerajaan Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau akan terus bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat selagi pihak itu mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi raja.

Ditanya sama ada beliau patut keluar PAS jika menghadapi masalah dalam parti, Hasan berkata ia tidak semudah itu.

Menurut beliau, ini kerana beliau harus mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan, mufti dan veteran politik terlebih dahulu.

Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat mana-mana organisasi tidak lagi menyokong tiga prinsip yang diperjuangkannya itu, kemungkinan beliau keluar parti mungkin berlaku.

Mengulas hakikat beliau tidak mendapat cukup pencalonan untuk mempertahankan kerusi Gombak Setia yang disandangnya, Hasan berkata ia hanya perkara kecil kerana "perjuangan untuk Islam lebih besar"


Dr Hassan Ali yang masih tetap dengan prinsip islam semakin membingungkan kepala Khalid Samad. Mana taknya, dah bermacam usaha puak PAS Erdorgan buat tapi Dr Hassan Ali tetap dengan prinsip islam. Malah Dr Hassan Ali sendiri mendapat restu dan sokongan daripada golongan Ulama. Mungkin selepas ni Khalid Samad sendiri yang bakal ditendang dari PAS hehehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: