Geng Bas Sekolah

December 19, 2011

Aspirasi Mahu Saifuddin Abdullah Letak Jawatan Sebelum PRU 13


Kekecewaan yang sama diluahkan oleh Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah.

Beliau kesal dengan sikap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang didakwanya berdiam diri apabila bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digantikan dengan bendera Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).

"Aspirasi membantah sekeras-kerasnya tindakan mahasiswa kerana tindakan tersebut dapat mencetuskan huru-hara.

"Alasan yang diberi Saifuddin kononnya beliau kebetulan mendapat jemputan itu dalam masa yang singkat dan tidak perasan insiden menurunkan bendera itu, adalah tidak berasas sama sekali," katanya.

Mohd. Shahar berkata, pihaknya bersama para mahasiswa dan alumni universiti akan mengadakan perhimpunan aman di depan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya pada Rabu ini, pukul 2.30 petang untuk menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.


Saifuddin Abdullah ni jenis manusia tak berhati perut. Manusia yang jelas tak boleh pakai. Orang tua inilah kepala yang menghancurkan masa depan anak orang melayu. Kalau UMNO nak menang PRU, orang tua ni kena singkir dahulu. Ramai dah anak muda yang anti dengan orang tua ni.

Jangan sampai UMNO hilang undi anak muda masa PRU 13 disebabkan petualang bangsa ni.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

KZSO said...

saifuddin loseable candidate for bn/umno!