Geng Bas Sekolah

December 14, 2011

Anwar Ibrahim Bakal Diangkat Sebagai Murshidul Am PAS


Kalangan penyokong kuat PAS, dan kalangan yang bersimpati dengan dugaan yang dihadapi oleh Hasan Ali; jangan terlalu NAIF dan menganggap bahawa apa yang berlaku dalam PAS adalah masalah dalaman PAS. Tidak. Kena baca ‘between-the-lines’. Bukan analisa straight forward.

Kita kena faham, pengaruh Anwar di dalam PAS bukan setakat bercakap kosong/sms/bbm dengan kalangan pimpinan PAS. Gigitan Anwar dalam PAS jejak sampai ke tahap Timbalan Presidend dan Naib Presiden. Pendek kata, kalau diikut kaedah undi di dalam Jawatankuasa PAS Pusat, Anwar akan menang undi pada bila-bila masa. Membayangkan bahawa Haji Hadi hanyalah ‘Presiden’ boneka di dalam PAS. Ini maklumat dalaman yang kita dapat melalui ahli Majlis Syura sendiri.

Anwar sememangnya ‘alergik’ dengan cadangan dan kesungguhan Hasan Ali nak menyatukan UMNO dan PAS. Alergik. Anwar muntah darah kalau dengar kemungkinan ini berlaku. Kepada Anwar, kalau itu berlaku, PKR akan menemui jalan mati. Hidup mati politik keluarga Anwar juga akan berakhir.

Semua yang di dalam inner circle Anwar tahu bahawa Hasan Ali adalah orang Anwar buat sekian lama. Malahan, kepada yang satu batch dengan penulis, yang hadir di rumah Anwar pada tanggal 02/09/1998 – 05/09/1998 pasti tahu bahawa Dr Hasan Ali adalah antara individu PALING AWAL yang menyatakan sokongan dan kepercayaan penuh kepada Anwar. Kepada yang biasa berkunjung ke rumah Anwar pasti tahu bahawa Hasan Ali adalah ‘master speaker’ bagi mempertahan Anwar pada tempoh awal laungan REFORMASI.

Baca selanjutnya disini


Parah PAS sekarang. Itupun puak PAS masih tak sedar dengan permainan pakcik Anwar. Terlalu syok dengar ceramah orang tua tu, sampai tak sedar parti sendiri hampir hancur berkecai. Sampai lupa kepada agama islam. Sampai lupa orang sekeliling.

Tak sangka Hj Hadi hanya boneka pakcik Anwar ish ish ish...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: