Geng Bas Sekolah

December 8, 2011

Aksi Ranjang Ombak Rindu Haram , Aksi Anuar Berahi Halal ?


Sejak kutipan filem Ombak rindu didedahkan, mulalah ada pihak tertentu di dunia internet yang melalak. Macam macam cerita disebar. Sampaikan adengan ranjang dalam filem tu pun dipertikaikan.

Oklah bab adengan tu mungkin keterlaluan tapi aku pelik. Kenapa adengan filem Anuar Berahi, tak siapapun yang pertikaikan? Kenapa pihak pihak ni tak ada pula menuntut pelakon dan penyebar filem ini dihukum? Kenapa tak ditekan habis habis pelakon dan penyebar filem Anuar Berahi?

Kalau nak dikira, filem Anuar Berahi lebih jelas kelucahannya berbanding filem Ombak Rindu. Tapi sehingga kini pelakon dan penyebar filem ni masih bebas berkeliaran diatas muka bumi Malaysia. Nak kata filem ni kesan khas, pakar luar negara telah sahkan filem Anuar Berahi adalah tulen.

Inilah realiti kehidupan sebenar. Orang berkuasa, orang ada payung politik, semua dicover baik punya. Rakyat marhaen dipijak habis habis. Dunia oh dunia....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: