Geng Bas Sekolah

November 27, 2011

Skuad Banjir Pemuda Indera Mahkota Sedia Hulur Bantuan


Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota sentiasa bersiap sedia bagi membantu mangsa banjir di sekitar kawasan Parlimen itu sekiranya berlaku bencana alam itu.

Ketuanya, Mohd. Suhaimi Sulong berkata, satu pasukan khas yang dikenali sebagai Skuad Banjir dibentuk bagi memudahkan pihaknya menghulurkan bantuan segera di kawasan yang dinaiki air.

"Kita sentiasa peka terhadap perkembangan banjir di kawasan Indera Mahkota dan akan menghulurkan bantuan segera sekiranya mendapat maklumat. Skuad Banjir akan segera ke pusat-pusat pemindahan banjir yang dibuka bagi menyampaikan bantuan seperti wang tunai dan keperluan asas," kata beliau.

Menurutnya, Skuad Banjir akan tampil menghulurkan bantuan termasuk membekalkan pegawai perubatan sekiranya diperlukan.

"Selain agensi kerajaan berkaitan, badan khas yang ditubuhkan ini juga akan bertindak sebagai pemantau dan seterusnya menghulurkan bantuan dalam usaha membantu mangsa banjir. Kita akan turun padang dan mengisi segala kekurangan yang mereka hadapi semasa berada di pusat pemindahan," jelasnya.

Tambahnya, masalah yang berkaitan dengan mangsa banjir adalah perkara biasa dan Skuad Banjir bersedia menghadapinya dalam usaha memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: