Geng Bas Sekolah

November 24, 2011

Nik Aziz Rela Mati Dari Bagi Air Kepada Rakyat


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji masalah air yang melanda Kelantan akan diselesaikan segera sekiranya rakyat negeri ini memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah pada pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin berkata, nasib rakyat Kelantan hanya akan terbela jika mereka menyokong BN memandangkan kerajaan Pas Kelantan sudah terbukti gagal menjaga kebajikan rakyat meskipun telah memerintah selama 21 tahun di negeri ini.

Beliau berkata, bekalan air bersih yang diterima sebahagian rakyat Kelantan hari ini pun merupakan ihsan dan usaha yang dilakukan BN ketika memerintah Kelantan suatu ketika dulu.

"BN memberi jaminan masalah air ini akan diselesaikan segera. Kita jamin masalah rakyat adalah keutamaan dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Pas tidak dapat memberikan apa-apa walaupun ini adalah perkara asas tetapi mereka gagal sampaikan anak-anak kita yang sedang membesar terpaksa menggunakan air kotor," katanya


TPM janji nak selesaikan masalah air di Kelantan kalau rakyat Kelantan bagi mandat? Simpan jelah niat baik tu Tan Sri. Dorang takkan terima punyalah. Dorang hina kita lagi adalah. Biarkan rakyat Kelantan dengan angan angan mat jenin dorang tu.

Lebih Tan Sri tumpukan perhatian kepada orang yang terima dan sayang kepada UMNO / BN. Ramai lagi yang baik dan sayangkan UMNO / BN. Mereka inilah yang lebih layak dibantu daripada mereka yang membenci UMNO / BN.

Aku dah malas nak layan sentimen pengundi. Dorang nak senang ke susah, suka hati doranglah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

RH said...

Saya sudah berHijrah ke Selangor lebih dari 35 tahun.
Sedih sungguh bila balik ke kampongku yg tak berubah2 sejak dari dulu sampai sekarang.
Orang kelantan ramai yang bersetuju, balik sekali sekala oklah. Tapi kalau nak tinggal di sana tak boleh kot....Mati kutu...

Saya sendiri pun tak boleh balik lama-lama. terasa lain macam saja..

Ops.. kata orang patung budha kat Bachok tu sangat besar yea. Tak taulah macam mana pemikiran para pemimpin di kelantan nih.

hanya orang bodoh dan malas berfikir saja yg megagung-ngagungkan apa yg PAS laksanakan.

Bangun dan sedarlah wahai orang kampung ku. Hanya kitalah yg mengubah nasib anak cucu kita.

sekian.
RH.

MZ said...

sedih dgn apa yg berlaku...n tahniah jugak kepada kawan iera yg mengetengahkan masalah ini...