Geng Bas Sekolah

November 17, 2011

Nik Aziz Dayus - PERKASA


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat takut kepada DAP apabila gagal menyatakan pendirian sebenar berhubung siapa bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Nik Abdul Aziz seolah-olah masih meraba-raba mencari jawapan dan tidak pasti mengenai pendirian Pas berhubung perkara itu apabila menyatakan ia hanya akan diketahui selepas pilihan raya umum berlangsung.

"Rakyat pasti hendak tahu sekarang. Kenapa Nik Aziz tidak nyatakan sahaja bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang?. Bukankah beliau Presiden Pas?

"Dan kalau Hadi jadi Perdana Menteri, maka bolehlah diwujudkan negara Islam dan laksanakan hukum hudud. Jadi tidak perlu salahkan orang lain mengenai pelaksanaan hudud,"


Biasalah Nik Aziz. Dia bukan kepala gedebe. Dia hanya tahu bercakap je. Dalam PAS yang betul betul ada keberanian dan kepintaran cuma Dr Hassan Ali je. Kalau dulu Allahyarham Ustad Fazlil Nor. Yang lain lain ni cuma pak angguk je. Ataupun suka main playsafe. Depan angguk belakang mengata. Bila suruh buat keputusan semua taknak. Tapi bila tanya nak duit atau projek tak, semua menganguk kepala nak pulak. Macam haram......

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

dayus tak dapat masuk surga