Geng Bas Sekolah

November 16, 2011

Ku Li Tahu Rahsia Anwar Ibrahim Sejak Tahun 70an ?

Sejak kebelakangan ni, banyak dakwaan mengatakan bahawa ada wujud pergolakan dalaman untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib.

Dakwaan tersebut turut mengaitkan nama - nama beberapa tokoh didalam UMNO yang dikatakan menjalankan kerja - kerja subversif bagi merampas jawatan Perdana Menteri.

Bagi Semut, ianya hanya merupakan taktik yang hanya dicipta oleh Pakatan Pembangkang untuk menwujudkan rasa kurang senang dikalangan ahli UMNO sendiri.

Perkara tersebut dibangkitkan bagi mencetuskan perbalahan sesama sendiri diantara pemimpin UMNO agar mereka berpecah belah.

Perkara seumpama ini pernah berlaku dulu dizaman Si Ketua Penipu tu nak jadi Perdana Menteri. Taktiknya, dia lagakan Allahyarham Tun Ghafar Baba dengan Tengku Razaleigh.

Maka dia buat cerita dan pecahkan UMNO kepada dua kumpulan. Satu Pro Pak Ghafar, satu lagi Pro kepada Ku Li. Yang dia pulak duduk ditengah - tengah.

Ini semua kerja Si Ketua Penipu tu jugak. Dia akan cari orang paling lemah dalam UMNO untuk diangkat menjadi pemimpin agar senang dia nak rampas jawatan tu kemudian.

Hakikat ini memang tak dapat nak dinafikan oleh Si Ketua Penipu tu. Bila tiba pemilihan seterusnya, dia mula main wayang kata dia tak nak bertanding.

Tapi, hidup - hidup dia tipu Pak Ghafar dan bertanding menentang Pak Ghafar bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO seterusnya dia jadi Timbalan Perdana Menteri.

Baca selanjutnya disini


Taktik mengadu domba ini memang taktik kegemaran pakcik Anwar sejak dia mula menjejak kaki didalam dunia politik. Taktik ni digunakan sejak dia didalam ABIM, UMNO dan juga partinya sendiri PKR. Malah PAS juga tak terkecuali dilanda badai akibat permainan liciknya.

Boleh dikatakan semua pemimpin politik dan NGO veteren tahu perangai pakcik Anwar ni. Tapi semuanya mengambil jalan mendiamkan diri. Baik UMNO, ABIM dan PAS. Mungkin ada sebab tertentu mengapa mereka enggan buka mulut.

Tapi yang pasti, rakyat Malaysia sudah tahu perangai sebenar orang tua ni yang suka menipu dan berjanji palsu. Insyaallah sama samalah kita berdoa supaya diri, ahli keluarga dan negara kita selamat daripada bahaya pakcik Anwar.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

TERIMA KASIH KERNA MEMBERI INFO YANG MANTAP