Geng Bas Sekolah

November 3, 2011

AUKU - Hanya Pelajar Bebal Sokong Politik


Negara dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang memutuskan bahawa Seksyen 15 dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia.

Keputusan pihak hakim secara majoriti 2-1 telah memihak kepada rayuan empat orang bekas pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendakwa hak kebebasan berpolitik dan bersuara adalah kebebasan rakyat Malaysia.

Keputusan bersejarah itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Ada yang melihat dan bersuara bahawa Seksyen 15 AUKU adalah suatu seksyen yang begitu menekan dan mengongkong para pelajar di IPT untuk terlibat dalam politik di luar kampus.

Ya, mungkin ada kebenarannya di situ. Tetapi adakah ramai yang cuba menyingkap kenapa AUKU menghalang para pelajar di IPT untuk terlibat dalam politik kepartian di luar kampus?

Adakah ramai yang mengetahui bahawa para pelajar ini sebenarnya boleh menyertai ceramah-ceramah dan aktiviti-aktiviti ilmuwan yang dianjurkan oleh mana-mana parti politik sebagai suatu usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan keilmuan mereka?

Mereka hanya tidak dibenarkan untuk menunjuk simpati dan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik.

Antara sebab mungkin mengapa Seksyen 15 dan keseluruhan AUKU itu dibentuk khusus kepada para pelajar IPT dan kakitangannya di kampus adalah untuk membela dan menjaga nasib para warga kampus terutama pelajar.

Baca selanjutnya disini


Budaya berpolitik dikalangan orang melayu sekarang sudah ditahap membimbangkan. Mana tidaknya, disaat orang melayu sibuk berpolitik 24 jam, bangsa lain mengaut untung berniaga dan membuat hal hal yang lebih berfaedah.

Cukuplah orang tua yang berperangai kebudak budakkan je yang sibuk berpolitik. Golongan muda terutama pelajar tak payahlah. Buang masa je politik ni. Betul buang masa. Korang sibuk ikut orang politik ni berkempen, bersorak, pasang bendera, sebar risalah, apa yang korang dapat? Setakat seratus dua ratus ringgit tu baik tak payah.

Korang yang pelajar ni lebih baik tumpukan pada pelajaran. Lepas tu cari kerja yang baik. Bantu mak bapak kat kampung. Pedulikan ler hal politik ni. Tak ada faedahpun. Korang bersorak berguling untuk orang politik, takde benda yang korang dapat.

Korang dapat penat je. Orang politik yang korang sokong jadi semakin kaya, dapat projek sana sini, lepas tu dia tak akan ingat kat korang punyalah. Langsung tak pandang koranglah nanti.

p/s: Kenapa aku sokong politik? Aku cuma kata sokong dalam internet je. Kat luar aku langsung tak ambil peduli dengan politik hahahaha.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

3 comments:

Anonymous said...

"Kat luar aku langsung tak ambil peduli dengan politik"

nyata kamu blogger upahan. hahaha

Jeepers Creepers said...

hahaha

Anonymous said...

Kerajaan Jangan Tak Buat Rayuan. Tunggu dulu, apa pula kata Mahkamah Persekutuan.

Apakah berpuak-puak dan berpecah belah dalam kampus kerana fahaman politik suatu yang dikehendaki dan baik di IPTA sebagai tempat pengajian? Apa relevannya parti politik dikampus dan apa hak mereka untuk mencampuri urusan dan dasar IPTA? Maka Mahkamah Rayuan perlu nampak dan jangan pura-pura tidak nampak bahawa kekangan pada auku adalah untuk menghilangkan benih yang akan menjejaskan kententeraman awam (pubic order) di sesebuah IPTA agar falsafahnya sebagai tempat pengajian dihormati. Pun begitu, politik (seperti sukan etc)sebagai sebuah kurikulum (matapelajaran) dengan buku dan artikel rujukan digalakkan.

Pendidikan haruslah bedasarkan pemikiran secara disiplin (seperti thesis) bukannya pemikiran yang tanpa disiplin dan haru biru. Mungkin pemikiran "haru biru dan kurang disiplin" adalah lumrah bagi orang politikus namun pendidikan dan dasar pengajian, pemikiran itu hendaklah berstruktur dan berdisiplin.

Kalau jaguh berfikiran, buatlah artikel dan thesis dengan metolodoginya dan sebagainya.

Tanggapan bahawa berpolitik boleh merangsangkan pemikiran berdisiplin itu suatu tanggapan yang terpesong. Pendidikan itu pemikiran berdisiplin harus difahami bukan pemikiran beremosi dan popular.

AUKU tidak sedikitpun menghalang sesiapa yang berkelayakan mengundi. Siapa yang tidak mahu kebebasan. Tetapi kebebasan tanpa peraturan akhirnya!!! perhimpunan seperti seksualiti Merdeka apakah itu kebebasan??