Pada hakikatnya, mereka sebenarnya sentiasa mencari peluang untuk menimbulkan kontroversi, walaupun mereka bukan berada di pihak yang benar.
Semalam dalam Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mempersoalkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengapa tiada tindakan diambil ke atas akhbar Utusan Malaysia mengenai berita yang menggegarkan seluruh negara yang dipaparkan pada 7 Mei 2011.
Ini berikutan jawapan, Menteri bahawa tiada tindakan lanjut ke atas kes di mana sekumpulan paderi diberitakan 'berikrar' untuk menaikkan seorang Kristian sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Kristian dijadikan sebagai salah satu agama rasmi.
Ooi jelas mahu lesen penerbitan Utusan Malaysia ditarik balik dan menggunakan alasan 'tiada tindakan susulan' itu sebagai bukti bahawa berita muka depan pada tarikh berkenaan sebenarnya diada-adakan.
Hakikatnya, majlis malam itu sebenarnya berlaku sebagaimana yang dilaporkan dan 'ikrar' itu dibuat.
Ooi sendiri merupakan tetamu majlis berkenaan dan berada di tengah-tengah bulatan masa 'ikrar' itu diungkap, bersama-sama 40 orang lain termasuk paderi Kristian tempatan dan asing.
Paderi Kristian asing yang hadir malam itu merupakan mereka yang 'bertugas' semasa siri kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak yang tamat kurang dua minggu sebelum itu.
Laporan polis yang dibuat oleh ahli DAP Jelutong, Mohd. Razali Abdul Rahman di Balai Polis Timur Laut Pulau Pinang pada 13 Mei 2011 adalah bukti apa yang dilaporkan Utusan Malaysia pada 7 Mei, dipetik dari blog BigDogDotCom pada 6 Mei adalah "benar semuanya".
Tiada tindakan susulan tidak bermakna ia tidak berlaku.
Hakikatnya, DAP secara struktur dan terancang menggunakan gereja sebagai pentas platform politik.
Apa yang berlaku di Pulau Pinang itu adalah rentetan dari siri kempen menggunakan platform gereja semasa Pilihan Raya Kecil Sibu pada 2010 dan Pilihan Raya Negeri Sarawak yang baru selesai.
Calon-calon DAP begitu 'halus' menyalak isu-isu seperti perpaduan, rasuah dan isu sensitif seperti kitab Injil dalam bahasa Melayu.
Dalam kes serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas Damansara Utama Methodist Church Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 dan reaksi pemimpin-pemimpin DAP Selangor 'menekan' Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk 'dengan segera memohon maaf kepada Pastor Kanan Ho' semasa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor sehari selepas kejadian, walaupun laporan JAIS belum pun siap adalah bukti kepentingan menjaga emosi pegawai dan masyarakat gereja tertentu.
Pada Ahad berikutan peristiwa itu, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor, Theresa Kok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh menghadiri upacara keagamaan mingguan di samping memberikan sokong moral begitu kuat.
Sekiranya Ooi mahu lesen Utusan Malaysia ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri hanya kerana tiada tindakan susulan atas laporan 7 Mei itu, bagaimana pula tindakan DAP ke atas Razali?
Sehari selepas Razali membuat laporan polis itu, Ooi mencabar agar beliau mendedahkan kandungan laporan yang dibuat tersebut.
Sebagai reaksi, Ooi pernah dicabar oleh bekas Setiausaha Sulit Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim iaitu Anuar Shaari untuk menyaman Razali. Namun, sehingga hari ini tiada saman writ dikeluarkan ke atas bekas penyokong beliau itu sendiri.
Ooi semalam di Dewan Rakyat merupakan 'topeng' kepada sandiwara sebenar di mana pemimpin DAP menggunakan platform dan ruang gereja sebagai salah satu saluran kempen dan dakyah politik mereka.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment