Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
October 4, 2011
Manuskrip Negeri-Negeri Selat
Setelah lebih lima dekad menyimpan manuskrip berusia 183 tahun yang diwarisi bapanya, seorang pengumpul manuskrip lama, R. Mani, 56, berhasrat menjual bahan bersejarah itu.
Mani berkata, sejak menyimpan manuskrip mengenai Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826 itu, pelbagai pihak tampil untuk membeli manuskrip tersebut dengan harga yang amat lumayan.
Menurutnya, dia sebelum ini terpaksa menolak tawaran oleh seorang pembeli dari negara jiran kerana mahu ia terus menjadi khazanah negara untuk tatapan generasi akan datang.
"Saya mengambil keputusan untuk menjual semua manuskrip yang diperoleh mendiang bapa saya S. Ramasamy kepada sesiapa yang menawarkan harga tinggi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Manuskrip perjanjian itu setebal 30 muka surat bertulisan tangan yang tertera logo British East India Company pada tahun 1826.
Mani berkata, manuskrip itu menjelaskan tentang pelbagai peristiwa yang berlaku di tiga negeri iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura ketika zaman tersebut.
"Ia meliputi tentang hal-hal berkaitan perdagangan, ketenteraan dan peristiwa bersejarah yang berlaku di ketiga-tiga negeri tersebut yang telah ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang pada masa itu, John Anderson dan Malacca Resident Councillor, Samuel Garling Esq," katanya.
Aku harap Kerajaan Negeri Melaka dapat membelinya kerana adalah amat malang sekiranya manuskrip tersebut jatuh ketangan pihak luar seperti Singapork. Kita sudah tidak mempunyai banyak manuskrip lama kerana semuanya sudah diambil British dahulu. Saki baki yang ada wajar dipertahankan kerana ianya adalah khazanah negara.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment