Geng Bas Sekolah

October 25, 2011

Koh Tsu Kon Isytihar Jihad Keatas Guan Eng


Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menegaskan beliau sedia untuk bertanding menentang Ketua Menteri Lim Guang Eng demi maruah parti selepas mendapat sokongan dari pelbagai pihak agar beliau bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya Tan Sri Dr Tsu Koon beliau telah memaklumkan harsat menentang Lim Guang Eng pada PRU 13 kepada YAB Perdana Menteri dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan. Menurut beliau lagi PRU 13 mesti bersedia meletakkan calon yang lebih agresif membawa pembangunan secara total kepada masyarakat di Pulau Pinang dan beliau sanggup mengambil amanah tersebut dengan bertanding menentang Lim Guang Eng yang bukannya berasal dari Pulau Pinang.

“Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guang Eng tidak kira dimana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang. Saya anak kelahiran Pualu Pinang dan bukan orang luar yang tidak mengeatahui bentuk persekitaran yang ada di negeri Pulau Pinang.

“Saya tidak akan beritahu anda apa yang hendak saya lakukan dalam menghadapi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini tetapi saya memberi anda jaminan, saya bersedia untuk memastikan Liam Guang Eng tewas pada PRU 13 nanti,” katanya.

Baca Selanjutnya Disini


Perghh begitu bersemangat koh Tsu Koon bila dah dekat dengan pilihanraya. Sampai sanggup humban Lim Guan Eng kedalam laut kalau terpaksa hehehehe. Tapi selama ini, apa jasa Koh Tsu koon pada orang P.Pinang? Kalau betul dia buat kerja, mustahil dia boleh kalah PRU lepas.


Tapi satulah aku respek, Tsu Koon boleh panggil Guan Eng BAPAK PENGECUT. Sanggup bayar beratus ribu ringgit sebab nak tutup kesalahan anak sendiri. Dan kalau betul tak bersalah, kenapa tak buat laporan polis diatas fitnah yang dibuat oleh blogger.


Mungkin lepas ini akan banyak lagi kes salahlaku Guan Eng dilondehkan oleh Koh Tsu koon sebab dia dah cakap yang dia akan buat apa saja asalkan Guan Eng jatuh tersungkur.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: