Geng Bas Sekolah

October 13, 2011

Kepala Babi Kegemaran PAS ?


"Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut. Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh. Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam. “Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam)."

Petikan Dari Blogg Pro Mahasiswa UM

Bila tersebarnya cerita Kepala Babi atas bendera PAS ini pada waktu berlangsungnya Pilihanraya kampus maka Undi Simpati datang mencurah curah kepada Pro Mahasiswa yang kita tahu ditaja oleh parti pembangkang terutama PAS.

Bila terjadi pekara tersebut maka ramai yang akan menuduh Pro Aspirasi yang meletakkan kepala babi diatas bendera PAS dan didalam SUrau UM. Pro Aspirasi diketahui mempunyai kaitan dengan UMNO dan BN maka perebutan diantara Pro Mahasiswa dan Aspirasi juga tidak banyak beza diantara pertandingan Pakatan Rakyat PAS,DAP,PKR dan juga UMNO, BN.

Maka sebab itulah Pro Mahasiswa menang besar dan ramai yang menyatakan pelajar Pro Aspirasi meletakkan kepala Babi dalam menghina PAS parti yang didukung Pro Mahasiswa.

Namun demikian apabila siasatan dijalankan maka diketahui bahawa 6 orang pelajar UM lah yang meletakkan Kepala Babi diatas bendera PAS dalam surau UM pada awal pagi sebelum Subuh. 6 Pelajar tersebut datangnya dari pantai timur dan merupakan Pro Mahasiswa yang juga ditaja oleh PAS.

Siasatan pihak Polis yang menjerumus kearah 6 orang tersebut akhirnya lengkap dan pihak Universiti Malaya mengambil tindakan Membuang ke enam enam pelajar tersebut ekoran dari Kepala Babi yang diletakkan di Surau UM. Ramai yang tidak mengetahui cerita ini kerana Pro Mahasiswa sudah pun menang Pilihanraya Kampus dan orang tidak lagi bercerita mengenai kepala Babi didalam Surau UM.

6 orang pelajar yang dibuang itu tidak memasuki mana mana pusat pengajian Tinggi kerana telah disenarai hitamkan dan mereka kembali ke negeri mereka masing masing yang mana Gomo difahamkan 4 dari kelantan dan 2 dari Terengganu.

Kemana 6 orang pelajar PAS yang meletakkan kepala Babi diatas bendera PAS dalam surau UM waktu ini? Untuk makluman semua, sejurus sahaja keenam enam mereka dibuang dari UM,PAS telah mengambil kesemua mereka ini untuk duduk membuang tugas tugas didalam parti PAS.

Baca Selanjutnya Di Sini


Biasalah puak PAS ni benda dah diharamkan lagi mereka nak buat. Sampaikan Nik Azizpun kata mereka ni lebih bodoh dari lembu sebab hisap rokok. Tapi dorang hisap selamba juga. Nak buat macam mana. Dah lebih bodoh dari lembu. Tak boleh nak diajar dah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: