Geng Bas Sekolah

October 3, 2011

Jalanraya Malaysia Setaraf Jalanraya Afganistan


“Bukan kami tidak mahu baiki jalan raya berkenaan yang rosak, tetapi ia di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan seharusnya kerja pembaikan dilakukan mereka.”

Demikian kenyataan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Datuk Mohamad Yacob mengenai kerosakan jalan raya pada susur keluar dari Ampang ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) (arah Cheras) yang berlaku sejak tiga bulan lalu.

“Memang banyak aduan yang diterima mengenai kerosakan jalan di kawasan terbabit dan orang ramai menuding jari kepada MPAJ kerana beranggapan ia di bawah seliaan kami.

“Jalan raya itu di dalam kawasan DBKL, malah, kami juga sudah memaklumkan kepada DBKL menerusi beberapa surat sejak Ogos lalu, namun tiada sebarang maklum balas diterima dan kerosakan itu belum dibaiki,” katanya.

Bagaimanapun, MPAJ ada menurap secara kecil-kecilan di kawasan berkenaan, namun kerja penurapan menyeluruh dijangka menelan belanja RM150,000 perlu dilakukan bagi memastikan ia bertahan untuk jangka masa panjang.

“Bukan tidak boleh membaiki jalan raya berkenaan, namun kami tidak mahu menanggung risiko sekiranya DBKL tidak mahu membayar semula kos pembaikan yang dilakukan. Sehingga kini MPAJ terpaksa menanggung kerugian sehingga RM300,000 selepas membaiki beberapa kerosakan ekoran agensi dan syarikat yang sepatutnya bertanggungjawab tidak mahu membayar semula kos terbabit,” katanya.


DBKL. Satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Biasalah DBKL ni tak buat kerja. Dahulu ada satu kes pokok tumbang yang menimpa penunggang motorsikal sehingga maut. Padahal aduan sudah dibuat mengenai pokok terbabit tapi DBKL buat bodoh je. Bila dah berlaku kemalangan barulah terhegeh hegeh datang buat kerja.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: