Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tidak faham konsep negara berkebajikan yang ingin dibawa PAS apabila mendakwa BN sudah lama melaksanakannya.
Sebaliknya, kata Abdul Hadi, tiga asas utama negara berkebajikan hampir tidak dilakukan BN selama lebih 54 tahun memerintah, termasuklah kewajipan ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman.
Adoi inilah satu masalah yang menimpa puak PAS. Kalau mendabik dada kononnya paling alim atau beriman, merekalah nombor satu. Kalah semua ulama ulama dalam dunia. Ulama seluruh dunia yang beribadat ikhlas kerana Allah s.w.t habis kalah imannya dengan puak PAS yang hanya berpolitik 24jam.
Siapa Hj Hadi nak tentukan iman seeorang. Nabi s.a.w pun tidak tahu berapa banyak iman para umatnya kerana iman itu urusan Allah s.w.t. Dan urusan iman itu adalah antara hamba Allah itu sendiri dengan Allah s.w.t sahaja. Bukan urusan manusia lain nak tentukan siapa yang lebih iman, siapa yang kurang iman.
kewajipan ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman.
Habis P.Pinang tu orang yang beriman ke yang tadbir? Lim Guan Eng tu agama apa pak Haji? Cuba cakap sikit apa agama Lim Guan Eng tu.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment