Geng Bas Sekolah

October 29, 2011

Bahasa Malaysia Dibunuh Oleh Orang Melayu Sendiri

Rakyat negara ini perlu memahami bahawa bahasa kebangsaan merujuk bahasa Melayu tinggi yang mesti dipelajari oleh semua pelajar di sekolah, termasuk orang Melayu sendiri.

Menurut bekas dekan Fakulti Bahasa Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Emeritus Abdullah Hassan, bahasa Melayu tinggi iaitu bahasa kebangsaan bukan bahasa percakapan harian yang dipelajari di rumah atau di kampung dan ia bukan hanya milik orang Melayu.

"Bahasa Melayu tinggi bermaksud bahasa yang dipelajari di sekolah dan mempunyai sistem sebutan, ejaan, kaedah membentuk perkataan, ayat serta ungkapan.

"Ia adalah bahasa kebangsaan dan kepunyaan semua warga Malaysia dan semua rakyat negara ini termasuk orang Melayu perlu mempelajarinya terutama dari segi sebutan, ejaan, nahu dan penggunaannya," katanya.

Beliau yang juga Penasihat PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. berkata, apabila semua warga Malaysia menerima bahasa Melayu tinggi itu, terbentuklah persamaan konsep satu bahasa seperti yang dilaungkan selama ini.

Katanya, demi membina jati diri Malaysia dengan tidak menafikan kewujudan dan kepentingan bahasa kaum lain, peruntukan mengenai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan perlu dihormati.

"Ia mesti dilaksanakan tanpa bantahan kaum Cina dan India yang menerima bahasa Melayu tinggi sebagai bahasa kebangsaan termasuk orang Melayu sendiri," jelasnya.


Saban tahun Kerajaan cuba memantapkan penggunaan bahasa Malaysia. Tetapi usaha ini selalunya gagal kerana Kerajaan telahpun melakukan kesilapan besar semasa awal kemerdekaan. Didalam Penyata Razak pada tahun 1956, bahasa Malaysia dijadikan sebagai bahasa kebangsaan TETAPI dalam masa yang sama, membenarkan dua jenis sekolah iaitu sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah jenis kebangsaan.

Sekiranya sejak awal dahulu sek ren jenis kebangsaan diharamkan, sudah pasti kedaulatan bahasa Malaysia akan kekal utuh sehingga ke hari ini. Dan sekarang dengan kemajuan teknologi, untuk mengharamkan sek jenis kebangsaan, sudah pasti akan menimbulkan perpecahan rakyat sehingga menumpahkan darah. Dengan kata lain, Kerajaan sudah terlewat untuk mengubah dasar pendidikan negara.

Itu belum campur dengan menteri yang suka bercakap dalam bahasa inggeris dimajlis korporat dan antarabangsa. Bercakap sajalah dalam bahasa Malaysia. Buat apa nak guna bahasa inggeris. Kalau dah orang melayu sendiri malu nak guna bahasa sendiri, jangan haraplah nak orang luar turut sama gunakan bahasa Malaysia.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

hangbuah said...

Dalam agensi yang dimiliki kerajaanpun pengurusannya guna bahasa omputih camna? muka hampir semua melayu tapi bila mesyuarat macam bukan kat malaysia habis camna?

Anonymous said...

kebanyakan bahasa melayu di rosakan sendiri oleh DBP, mengapa mesti mengambil bahasa lain, walhal bahasa kita amat kaya, kecuali tidak ada sebutan maka boleh lah di terima pakai, jangan paksa orang ramai bercakap dalam bahasa yg betul, bahasa jalanan atau loghat negeri kekalkan seperti biasa, bahasa pasar di antara melayu, cina, dan india biarkan saja, tak payah lah nak ajar orang ramai mengunakan bahasa yang betul, kalau kita sendiri di pejabat bercakap bahasa melayu yang bukan tulin, kerosakan bahasa berlaku di awal tahun 80an, al kisah konon nya nak memodenkan bahasa melayu, tapi tengok lah sampai sekarang? bila perlu di pakai? bila ambil peperiksaan dan mengisi borang, kadang2 borang pun tersalah eja, kalau pak menteri tak payah cakap lah, makin bertambah rosak, salah siapa sekarang? kenapa bangsa malaysia masih tidak boleh berbahasa malaysia dengan baik? anda tahu jawapan nya, jangan di tanya budak sekarang, mereka tak tahu apa2 sebab mereka masih bersekolah dan mengikut bahasa yang di ajar sama ada bahasa baku atau pun bahasa bakul!