Geng Bas Sekolah

September 27, 2011

Orang Melayu REHDA


Apabila Sahabat BLOGGER GERAKAN ANTI PKR-GAP, mengulas tentang kerenah seorang AJK REHDA (Persatuan Hartanah dan Pemaju Perumahan) yang menjadikan alasan mengapa Rumah Murah tidak wajar dibina, ia sebenarnya mempunyai kaitan yang sangat besar dengan perancangan jangka panjang DAP.

Walaupun tidak secara rasmi, kebanyakan syarikat-syarikat pemaju perumahan di dalam REHDA merupakan penyokong kuat DAP atau lebih tepat lagi pengumpul dana pilihanraya untuk parti tersebut terutama di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Johor dan Melaka serta Negeri Sembilan.

REHDA jugalah yang memekak dan menyalak di Kedah apabila kerajaan negeri Kedah, enggan berkompromi tentang 50% rumah baru yang dibina diperuntukkan kepada Bumiputera. Di Perak, taktik yang digunakan ialah membina rumah kos sederhana dan kerap kali memberi alasan kuota Bumiputera telah habis dijual, sekaligus memperlihatkan kecenderungan untuk mengurangkan populasi Melayu-Bumiputera di kawasan perumahan baru.

Hal ini terlihat jelas di Pulau Pinang. Rumah-rumah baru yang dibina, bukan untuk Melayu-Bumiputera memandangkan harga-harga yang ditawarkan jauh di luar kemampuan Melayu-Bumiputera, bahkan untuk Cina-Cina yang masih mempunyai fikiran Barisan Nasional di dalam kepala mereka.

Garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan, seringkali dicabuli dan dilanggar sesuka hati. Di bandar-bandar besar, perumahan baru sememangnya tidak lagi untuk Islam-Bumiputera. Perhatikanlah, setiap kawasan baru di negeri-negeri Pakatan Rakyat, akan dibangunkan pusat-pusat maksiat dan perlecehan terhadap masjid serta surau. Bangunan untuk sekolah agama, juga ditiadakan.

Modus operandi ahli-ahli REHDA itu disusuli pula dengan pemindahan pengundi-pengundi Cina dari kawasan-kawasan 'sure DAP menang' ke kawasan-kawasan baru itu. Dan kawasan-kawasan baru itu seringkali dibina di kawasan-kawasan bermajoriti Melayu dengan jumlah pengundi Cina yang agak besar.

Baca selanjutnya disini


Inilah padahnya apabila kuasa ekonomi dipegang oleh bangsa lain. Puak Yahudi Zionis juga mengawal dunia melalui ekonomi. Bukan dengan ketenteraan semata mata. Orang melayu sangka dengan kuasa politik, mereka boleh mengawal negara? Ini negara demokrasilah. Bukan negara mengamalkan monokrasi. Negara monokrasipun boleh tumbang inikan pulak Kerajaan demokrasi. Jangan mimpilah boleh pegang kuasa selama lamanya.

REHDA memang buat orang melayu redha je lah hehehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: