''Saya nampak ini taktikal, sebab parti Pas sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu.Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan Orang Melayu," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang sempena program turun padang ke Perak Semalam.
Kalau benar PAS dibenarkan laksanakan Hudud, siapa yang bakal diadili dengan sebenar benar adil? Apakah jaminan Nik Aziz untuk berlaku adil? Adakah puak PAS dilepaskan dan hanya orang orang UMNO sahaja yang dihukum?
Isu Mat Sabu bilik 121, Adun tangkap basah, projek kambing Husam, projek lubang kubur tok guru, duit tabung Mamali.. Itu semua siapa nak tanggung? Dan mengapa mereka yang terlibat Nik Aziz tak hukum sebaliknya disembunyikan? Adakah itu keadilan?
Hj Hadi pernah katakan rakaman cctv pakcik Anwar itu ibarat besi dan tak boleh dipakai sebagai bahan bukti. Bagaimana pula ada kes rogol dan dirakam video. Kalau ikut Hj Hadi, video itu tak boleh dijadikan bukti sebab dia ibarat besi. Jadi terlepaslah perogolnya. Kalau itu cara pemimpin PAS mengadili orang, maka sahlah pemimpin PAS tidak boleh berlaku adil.
Nik Aziz gagal mentadbir negeri dengan baik sejak 23 tahun yang lalu. Inikan pula Nik Aziz nak menjaga masyarakat daripada disalah hukum dengan hukuman Hudud.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
Indah sungguh tulisan anda. kalo tulisan berfakta mungkin tak menjadi omongan kosong.
23 tahun,lihat akhlak yang dibawa.
Post a Comment