Geng Bas Sekolah

September 2, 2011

Hj Hadi Idam Jawatan MB Kedah?


The Star memetik Azizan, yang juga adalah pesuruhjaya PAS Kedah berkata ada usaha yang mahukan beliau berundur.

“Mereka beritahu saya, kami mahu awak berehat. Kami mahu gunakan tenaga dan kemahiran awak kemudian hari nanti. Saya ok, tetapi ada orang yang tidak mahu saya berada di sana lagi, ada yang mahu saya mati,” kata Azizan yang dipetik akhbar itu.

Menurut The Star yang memetik sumber PAS Kedah, parti itu sedang menyiapkan laporan mengenai kesihatan menteri besar dan Abdul Hadi akan diberikan taklimat semasa melawat negeri itu.

Laporan yang sama kemudiannya akan disampaikan ke pihak Istana hujung minggu ini.

Abdul Hadi dikatakan akan diiringi oleh orang kanannya dalam lawatan ke Kedah ini, iaitu setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Menurut The Star lagi, adalah difahamkan Abdul Hadi membuat panggilan telefon kepada menteri besar Kedah itu pada Rabu lalu untuk mengucapkannya Selamat Hari Raya. Beliau kemudiannya mencadangkan Azizan, 67, supaya berehat secukupnya dan membiarkan pemangku menteri besar mengambil alih tugasnya.


Waaa hebatnya pergolakan PAS. Sampaikan mahu ada pemimpin sendiri mati. Inilah ajaran PAS. Kerana gila kuasa, sanggup doakan pemimpin sendiri mati. Kalau Azizan ini ada orang PAS sendiri nak dia mati, apatahlagi Nik Aziz. Mesti lagi ramai ahli PAS yang mahukan orang tua tu mati.

Mungkin Hj Hadi sendiripun tak sabar nak pegang jawatan Murshitdul Am PAS. Maklumlah jawatan paling besar dalam PAS. Kalau kat Iran dah sama taraf dengan jawatan Ayatollah hehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

AZIZAN NAK IKUT JEJAK WALLY S;LIPAU. KLU WALLY SLIPAU BLEH BUAT, DIA PUN NAK BUAT. KLU WALLY SLIPAU NAK PADAM DULU, DIA PUN NAK PADAM TERLEBIH DULU KOT KEHKEHKEHKEH