Geng Bas Sekolah

September 14, 2011

Gaji Pengawal Kedai Mamak Dibayar Oleh Pelanggan


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, keadaan keselamatan di negeri ini termasuk di restoran mamak adalah terkawal walaupun berlaku dua kejadian samun di premis itu baru-baru ini.

Beliau sehubungan itu berpendapat pengusaha restoran berkenaan tidak perlu menempatkan pengawal untuk mengawasi keselamatan perniagaan mereka dan pelanggan.

"Mengenai pengawal keselamatan (bersenjata) itu, tak perlulah. Situasi terkawal," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader semalam, yang mencadangkan restoran mamak dilengkapi pengawal keselamatan bersenjata bagi mengelak daripada menjadi sasaran penjenayah.


Memang cerita ni dah lama. Sebabnya aku ada kerja outstation so takde masa nak ulas pasal cerita ni. Kedai mamak pakai pengawal? Baru dua kes dah nak pakai pengawal ke? Waa hebatnya kedai mamak sampai nak upah pengawal keselamatan bersenjata. Transaksi perniagan sampai berjuta juta ringgit ke sehari?

Lepas tu gaji pengawal siapa yang nak bayar? Tokey kedai ambik duit poket sendiri lepas tu caj pada pelanggan dengan kenaikan harga makanan dan minuman kan. Macamlah tak tahu taktik ni hahahaha. Cukup cukuplah nak mengaut keuntunganpun. Lagipun siapa suruh buka kedai 24 jam. Negara lain tak adapun kedai makan 24 jam. Yang adapun cuma kelab malam je. Itupun cuma manusia jenis tak bermoral je yang pergi.

Bagi aku mengarut je nak pakai pengawal keselamatan bersenjata. Aku nasihatkan pelanggan tak payahlah ke kedai mamak tengah malam. Kedai tu nak kena rompak, tu masalah dia. Takpe tokey kedai mamak ni kaya raya. Ada insurans semua. Tapi kita pelanggan orang melayu ni miskin. Kalau kena rompak kat kedai tokey kaya, kita juga yang rugi. Jadi lebih baik tak payah pergi kedai tokey kaya ni sampai tengah malam buta.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

KENE BLAJA BIKIN ROTI CANAI BUAT SENDIRI ATAU BELI SEGERA PUNYE JEK HUHUHUHU