Geng Bas Sekolah

August 11, 2011

Sesat Lagi Menyesatkan


Kalau anda tak kenal, nama dia ni adalah Nor Azli Musa. Jawatannya pula adalah Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak... besar tau jawatannya... Ketua Penerangan untuk golongan ulama PAS... kalau bagi yang dah biasa, tentunya tersenyum simpul dengan ceramahnya yang sangat TIDAK BERTASAUF dan TIDAK BERHARAQI!!! Asal apa yang terlintas di kepalanya, semuanya dia akan main sembur... pendek kata, pantang dapat mikrofon, macam Red Indian dapat senapang ler jawabnya!!!

Kata dia, UMNO larang dan menyekat perkembangan ilmu terutama sekali ilmu yang membabitkan tasauf di masjid-masjid, sekaligus merugikan rakyat semata-mata untuk kekal berkuasa. Barangkali si Taliban ini sudah tersalah masuk masjid. Al-maklumlah masjid yang dia masuk, biasanya bertazkirah dan bertasauf ikut pemahaman orang PAS sepertinya. Jadi, apabila ada masjid yang mempunyai sesi pengajian pelbagai bidang, termasuklah tafsir hadis, tafsir al Quran, tasauf dan sebagainya, dia tak tahu langsung.

Bagaimanapun, memang benarlah bahawa orang Melayu dan orang Islam semakin jauh daripada pembelajaran tasauf... contoh paling ketara adalah Nor Azli Musa sendiri. Tasauf bukannya memperkatakan tentang politik Islam. Untuk peringkat mubtadi, atau peringkat orang awam seperti kita ini semua, pembelajaran tasauf adalah berkenaan hati. Untuk peringkat mutawassit atau peringkat pertengahan, pembelajaran adalah memperkemaskan dan mengindahkan amal tanpa mengharapkan pahala sebaliknya kerana kecintaan kepada Allah Taala.... manakala bagi golongan muntahi atau arifbillah, maka setiap denyut nadi, nafas, akal dan dirinya hanyalah kecintaan kepada Allah Taala semata-mata. Tidak ada lagi cerita tentang parti politik. Tidak ada lagi cerita tentang pemerintahan dunia. Tidak ada lagi pengejaran takhta atau kuasa....

Kalau diperhatikan kepada Nor Azli Musa, sememangnya tiada tasauf yang ada pada dirinya. Apabila dia berceramah, ceramahnya tidak lain hanyalah menyalahkan orang lain, bukannya mencari salah sendiri, sedangkan kalau benar dia bertasauf, yang lebih dipentingkan adalah kesalahan diri, bukannya diakibatkan kepada kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.

Atau dalam bahasa mudah, orang bertasauf tidak menyalahkan Iblis kerana menghasut dan cuba menyesatkan jalannya, sebaliknya menyalahkan diri sendiri kerana taat dan mengikut Iblis setelah diberikan pelbagai ruang dan peluang oleh Allah Taala, terutama menerusi kitab suci-Nya dan sunnah-sunnah Nabi-Nya.

Kesian sungguh dengan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak ini... jauh benar dia daripada ilmunya yang hebat itu. Tidak dinafikan, dia mungkin berilmu tetapi ilmunya tidak setara dengan amalan... seperti Iblis dan Syaitan... mereka berilmu, dan sekiranya mereka berdakwah dengan ilmu yang ada, pastinya semua manusia di dunia ini tidak akan kafir sebaliknya tunduk patuh kepada perintah serta larangan Allah Taala... bagaimanapun, Iblis dan Syaitan memilih untuk menggunakan ilmu mereka bagi menyesatkan manusia dan jin....

Jadi, faham-fahamkan statusnya... apatah lagi di negara ini tidak ada muncung senjata yang dihalakan ke kepala kalau hendak belajar mahupun beramal.... buktinya, PAS sendiri... walaupun kebanyakan penceramah PAS yang dikatakan hebat oleh Nor Azli Musa, sebenarnya penceramah otak kosong, namun mereka tetap dibenarkan memberikan ceramah tanpa sebarang perasaan takut dan gentar seandainya ceramah mereka bukan menambahdekatkan pendengar kepada Allah Taala, sebaliknya menjauhkan mereka daripada perintah dan larangan Allah Taala serta ajaran Nabi s.a.w.

Sumber: TFK


Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS sendiri tak faham tasauf, macam mana dia boleh jadi Ketua Penerangan hehehehe

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

4 comments:

Megat Alam Gempita said...

Inilah rupa manusia bergelar ularmak yang tiada ilmu hakikat, syariat dan makrifat. Harap janggut je panjang, serban besar tapi mulut capoi.

Mulut bacin dia ni yang cakap gaji yang kerajaan BN beri kepada kakitangan awam dari sumber haram. Tapi pencacai hamPAS dalam sektor awam tetap pulun gaji dan rembat bonus kerajaan.

Ko dengan Suhardi Skodeng aka mayat hidup tu sama jer perangai...kufur nikmat dan sesat lagi menyesatkan akibat riak dengan gelaran Ostat.

YB Raz said...

Megat: puak pas dah terlalu taksub dengan politik sehingga samakan politik dengan islam..seolah olah untuk sah islam kena sokong parti politik dia.

Anonymous said...

Gambar tu kalau tunjuk kat budak boleh sawan budak2.

Nok said...

itu sbb aku selalu mengunakan perkataan haprak pada puak2 ni...paling sesuai pada pas dan pkr...Dap tu aku tak marah sgt sbb mereka memang berjuang untuk kaum cina.....

yg jadi barua adalah pas / pkr....tapi tak pernah mengaku....memang puak2 ni laknat betul...macam mana masih ada penyokong..... tegar lagi.....