Geng Bas Sekolah

August 16, 2011

Rosmah Adalah Liabiliti Kepada Najib Dan UMNO?


Aku ni baru pulang dari gunting rambut di pekan tempat aku. Aku biasanya gunting rambut di salon kepunyaan cina yang biasa aku pergi. Sambil gunting, kitaorang berborak macam biasa. Akhirnya dia bercakap mengenai Rosmah.

Rupanya kisah Rosmah dan cincin sudah menjadi buah mulut masyarakat di luar bandar. Dia kata dia mnedapat tahu melalui anaknya yang sering melayari internet. Aku malas nak komen banyak bila dia bercakap mengenai Rosmah sebabnya dia tidak akan faham propaganda pembangkang.

Bagi kebanyakkan orang, apa sahaja cerita yang ada didalam internet, bagi mereka itu adalah kisah benar. Mereka tidak akan menyiasat kebenaran sesuatu cerita. Dan hal ini, pembangkang sudah berjaya memanipulasi pemikiran masyarakat dengan cerita karut yang sengaja dibuat. Dan tahniah juga kepada pembangkang kerana korang juga berjaya membuat dosa fitnah. Korang tunggu jelah reward yang bakal korang dapat kat akhirat nanti ye.

Soal Rosmah dan cincin walaupun fitnah tetapi pada pandangan masyarakat, ia adalah kisah benar. Damage has been done. Sejak awal kemunculan DS Najib, aku sudah melihat DS Rosmah adalah target yang paling digemari oleh pembangkang. Malah peluang juga seolah olah diberi apabila DS Rosmah banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti program Permata, Pertunjukkan Fesyen Islam dan lain lain.

Aku rasa sudah tiba masanya DS Rosmah mengurang publisiti media. Tidak perlu terlalu menonjol didalam aktiviti yang dilakukan. Contohilah sikap Tun Siti Hasmah yang mengamalkan sikap low profail sepanjang Tun Mahathir menjadi PM dahulu. Banyak menyokong Tun Mahathir dari belakang tanpa perlu melibatkan diri secara terus terang.

Aku bercakap ini bukan bermakna aku membenci DS Rosmah tetapi kerana aku sayangkan UMNO dan negaralah aku terpaksa bercakap. Aku tidak mahu sesiapa menjadi liabiliti kepada DS  Najib dan akhirnya menjadi masalah besar kepada UMNO dan negara.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

3 comments:

Jeffry said...

SLM BRO..BTUL LA BRO. HARAP2 DATIN ROSMAH TERUS TUMPUKAN PD AKTIVITI KEMASYARAKATAN MCM BIASA TAPI TAK PERLU PUBLISITI BERLEBIHAN. SEKALI SEKALA TAKPE. TP DAH DASAR PMBANGKANG MMG RAKUS BRO. MCM HANJENG GILER CARI TULANG! KEHKEHKEH

Anonymous said...

kalau najib dah tak boleh kawal rosmah, aku cadangkan najib talak kan saja rosmah tu.najib, awak tu ketua keluarga, macam mana nak jadi ketua negara?

d_tieah said...

SETUJU.. Aku takut PRU 13 ni pembangkang menang.. Arghhhhhhhh.. Please lah DS ROSMAH, toksah nak masuk tv sangat.. Pembangkang ni kerja dia nak cari salah.. Dahlah rakyat sekarang makin maju dan semakin bodoh!!! Dorang baca Malaysiakini je.. Huhh!!! Boleh, tapi jangan amik bulat2.. Geram..