Geng Bas Sekolah

August 23, 2011

Pembangkang Mengaku UMNO Pahang Prihatin


KUALA LIPIS 21 Ogos - Pakatan pembangkang kini sudah ketandusan isu apabila membuat tuduhan bahawa kerajaan negeri hanya menghulurkan bantuan ketika musim perayaan dan menjelang persekolahan setiap tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana bantuan kerajaan negeri tidak mengira masa.

"Sebenarnya bantuan kerajaan negeri bukan pada musim perayaan dan persekolahan sahaja tetapi dibuat setiap masa. Saya sendiri tiap-tiap minggu pergi ke kampung, kawasan Orang Asli dan ladang untuk hulurkan bantuan.

"Kita sentiasa luluskan bantuan termasuk projek kemudahan asas untuk faedah penduduk luar bandar. Kebetulan ada sedikit dana kerajaan, kita beri sempena hari raya. Apabila ada dana, kita sampaikan bantuan," katanya.

Untuk baca selanjutnya boleh klik sini


Sememangnya pembangkang di Pahang ketandusan isu. Kerajaan UMNO/BN Pahang telah mencuba sebaik mungkin untuk membantu rakyat Pahang walau diceruk mana sekalipun. Malah pembangkang sebenarnya turut mendapat bantuan ini kerana majoriti mereka disisihkan oleh pemimpin mereka sendiri. Cuma mereka malu untuk mengaku apatahlah lagi berterima kasih kepada Kerajaan UMNO/BN Pahang.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: