Namun, beta yakin kepemimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.
Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telahpun bertitah agar mereka yang mahu melakukan rusuhan supaya bertaubat dan kembali kepangkal jalan. Dan seperti yang telah aku jangkakan. Sesiapa yang melawan kehendak tuntutan nafsu mereka akan dihina sehina hinanya. Tidak terkecuali YDA juga telah dihina oleh oleh mereka yang bertuhankan nafsu dan berkiblatkan panji kafir dan syaitan laknatullah.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
2 comments:
Tengok.. Agong plak dikatanya terpaksa bertitah.. Kalau dah Agong pun tak dipercaya, baik tak payah dok MALAYSIA lah.. Kalau aku Agong aku dah gugurkan kewarganegaraan mereka yang cakap camtu! Langsung tak hormat institusi diraja..
tieah: biasalah puak ni mana tahu hormat orang lain..maruah agama islampun dorang sanggup gadai, inikan pulak nak dengar cakap Agong huhuhu
Post a Comment