Geng Bas Sekolah

July 10, 2011

Rusuhan Kuning - Rendahnya Pemikiran Orang Melayu

Rupa-rupanya masih terlalu ramai yang jahil apakah yang sebenarnya terjadi dalam Perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur petang semalam. Masih terlalu ramai penganalisis politik yang gagal mentakrif perhimpunan tersebut dengan tepat dan jujur. Maka, biarlah saya simpulkan analisis politik saya di bawah ini :

1. Perhimpunan Haram Bersih 2.0 adalah perhimpunan suka-suka dan bukan perhimpunan serius. Hujahnya mudah - golongan yang terlibat tahu lebih awal bahawa pihak polis dan kerajaan tidak akan menggunakan kekerasan untuk menghuraikan mereka, seperti mana yang berlaku dalam demostrasi jalanan sebelum ini. Maka, sebab itulah, yang hadir menonton jauh lebih ramai daripada yang terlibat secara langsung dalam perhimpunan haram tersebut.

2. Perhimpunan yang didakwa kononnya disertai oleh semua kaum bukanlah simbol sebuah gerakan massa masyarakat Malaysia yang mahu melakukan reformasi dalam politik, sebaliknya perhimpunan yang disertai pelbagai kaum semalam, tidak ubah seperti sebuah perhimpunan di sebuah pasar malam untuk membeli juadah makanan. Dengan kata mudah - mereka pergi dengan penuh rasa keseronokan dan ingin merasa sedikit pengalaman berdemonstrasi dan bertempur dengan polis, seperti mana yang berlaku di negara-negara Timur Tengah - itu sahaja. Ia bukan satu perhimpunan yang serius seperti mana yang berlaku dalam tahun-tahun 98/99/2000. Sebaliknya, ia hanyalah sekadar perhimpunan untuk mengembalikan nostalgia lama, kerana hanya ini sahaja medan yang mereka ada untuk menonjolkan diri dan mendapat sedikit pengalaman hidup susah.

3. Oleh kerana negara Malaysia terlalu aman sentosa, maka perasaan sebahagian kecil rakyatnya yang terlalu ghairah untuk "berjihad" dan berdemostrasi, telah diterjemahkan dalam perhimpunan haram semalam. Ia sebenarnya tidak lebih daripada perasaan ingin mencuba dan ingin merasa ditangkap, disembur air dan dikejar polis - walaupun mereka tahu, akhirnya mereka akan dibebaskan serta diberi layanan yang sangbat baik oleh PDRM.

Baca Selanjutnya Disini

Inilah yang dirumuskan oleh seorang blogger profesional iaitu saudara Azli. Kalau dilihat kata katanya, betul juga sebenarnya. Perusuh semalam sebenarnya lebih banyak syok sendiri. Mereka tahu mereka tidak akan dikenakan tindakan yang keras. Mereka juga tahu mereka akan dibebaskan semula tanpa dikenakan apa apa pertuduhan.

Inilah mentaliti rakyat Malaysia terutamanya orang melayu. Sentiasa mahu bersukaria tanpa memikirkan apa akibatnya. Anak bini tergolek dog lantaklah. Yang penting mereka seronok dan enjoy. Sebab itulah kalau dilihat, orang melayu cukup gemarkan rancangan hiburan dan lawak jenaka bodoh. Ini semua kerana rendahnya pemikiran orang melayu.

Sebab rendahnya pemikiran orang melayu, orang melayu sekarang dipijak oleh bangsa lain kat Malaysia. Itupun orang melayu masih tak sedarkan diri. Entah bilalah orang melayu ni nak sedar.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: