Geng Bas Sekolah

July 5, 2011

Pembunuh Kejam


JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan pelajar tingkatan empat, Nurrahayu Qomarodin Bajuri, 16, terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badannya yang dikerat dan dibakar di dua lokasi termasuk di tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram, kira-kira 5 petang kelmarin.

Polis turut menemui serpihan tulang selain pakaian milik remaja perempuan itu yang hilang dari tapak pembinaan berhampiran tempat kerja bapanya di pekan Seri Alam di Masai, selepas dihantar pulang teman lelakinya jam 2 pagi pada 14 Jun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat dipercayai dibunuh dengan kesan kerat di badan dan dibakar di dua lokasi berbeza iaitu di Tanah Perkuburan Hindu Masai serta di ladang sawit berhampiran Sungai Tiram, Ulu Tiram.

“Polis menjumpai serpihan tulang terbakar dan beberapa bukti termasuk baju, seluar, selipar dan penyepit rambut jam 5 petang kelmarin. Hasil ujian DNA mendapati ia sepadan dengan mangsa.

“Berikutan itu, polis menahan reman suspek utama iaitu seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun selama tujuh hari bermula kelmarin dan kes disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya yang enggan mengulas sama ada gadis itu mangsa rogol.



Kejam gila orang tua yang membunuh awek ni. Elok pembunuh ni dihukum bunuh segera. Dia sepatutnya dibakar hidup hidup daripada dihukum gantung. Biar dia rasa bagaimana rasanya mati dibakar. Celaka pembunuh ni.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Jeffry said...

KLU DPT PEMBUNUH TU KASI CINCANG SAMPAI LUMAT JEK!..HARKK PTUIHHH!!

Anonymous said...

Babi punya manusia sangup kau bunuh bdk.nanti terkena pada anak kau sendiri baru kau tau rasa mcm mana bila org disayagi dibunuh kejam