Geng Bas Sekolah

July 17, 2011

PAS Tunduk Kepada Kafir


Kerajaan Pas Kedah akhirnya tunduk kepada bantahan pelbagai pihak terutama sekutunya DAP apabila hari ini memutuskan untuk menimbang semula keputusan melarang pusat hiburan di negeri ini daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadan nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pada masa sama, pihak pentadbiran kerajaan negeri juga telah diarahkan supaya mencari jalan penyelesaian yang mampu menggembirakan semua pihak.

Menurut beliau, satu pertemuan dengan pengusaha pusat hiburan yang terlibat juga akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya fikir kita telah menemui satu jalan penyelesaian seperti menetapkan syarat-syarat tertentu dengan pengusaha pusat hiburan tidak membenarkan premis mereka dikunjungi mereka yang beragama Islam.

"Semua ini akan ditentukan dalam perbincangan antara pentadbiran kerajaan negeri dengan pengusaha terbabit nanti," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan wakil Dewan Perhimpunan Cina Kedah yang turut menyerahkan memorandum jawatankuasa penyelaras pengusaha hiburan mengenai isu berkenaan di Sri Mentaloon di sini hari ini.

Kerajaan Pas Kedah Rabu lalu mengumumkan keputusannya menguatkuasakan larangan terhadap 13 jenis pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Keputusan itu bagaimanapun mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk DAP dengan Pengerusinya, Karpal Singh semalam dilaporkan memberi kata dua supaya kerajaan negeri Kedah menarik balik larangan berkenaan.


Benda ni aku dah tahu mesti akan jadi. Puak PAS mesti tunduk baik punya pada DAP. Sebab itulah puak PAS kononnya mencabar UMNO supaya memberikan kata putus dalam hal ni. Padahal bukannya rakyat Malaysia tak tahu, kerajaan PAS yang pegang Kedah. Apahal pulak nak minta UMNO pulak buat keputusan. Dah gila agaknya puak PAS ni.

 Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: